Tuesday, February 5, 2008

MKE RESOURCES SDN BHD
Lot 2889, Depan Madrasah Klinik Beris Kubor Besar,
16350 Kota Bharu, Kelantan.

(JULAI 2005-DISEMBER 2005)

NASRUN BIN ABDUL TALIB
13SIT03F061

BUKU LAPORAN INI DIKEMUKAKAN KEPADA
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
POLITEKNIK DUNGUN TERENGGANU
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT
KURSUS SIJIL KEJURUTERAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
2005















Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali ada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan

……………………………………… .
(NASRUN BIN ABDUL TALIB) TARIKH :

Disediakan Oleh :

……………………...................
(MASRUL MUSTAPHA) TARIKH :
PENGARAH URUSAN






PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat
Allah Taala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan Buku
Laporan Latihan Industri ini


Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Mesra
Komputer Enterprise, diatas kesudiannya menerima saya sebagai pelajar praktikal di
Syarikatnya.


Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Mesra Komputer
Enterprise, terutamanya En. Masrul Mustapha yang bertindak sebagai Pengurus serta
beberapa orang stafnya yang lain seperti Puan Roha Bt Nawi, En. Hasri B. Mamat
Hamzah dan Mohd. Hafizi B. Abd Wahab yang mana telah banyak memberi tunjuk
ajar serta panduan.


Di samping itu juga, ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di
Politeknik Dungun amnya, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik khasnya yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga saya dapat menjalani
Latihan Industri ini dengan jayanya.


Akhir kata, hanya kepada Allah Taala saja saya serahkan segala urusan,
semoga kita semua diberi taufik dan hidayat untuk menuju ke jalan yang benar, iaitu
jalan yang diredhai di dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih.









KANDUNGAN





BAB PERKARA MUKASURAT



Judul I

Perakuan II
Penghargaan III

Kandungan IV

Senarai Jadual V

Senarai Rajah VI
Senarai Lampiran VII






BAB I PENGENALAN 1


1.1 Objektif Utama Latihan Industri 1

1.2 Tujuan Laporan 2

1.3 Skop 3

1.4 Latar Belakang Syarikat 3

1.4.1 Sejarah Penubuhan 3
1.4.2 Objektif Utama Syarikat 4

1.5 Matlamat Dan Strategi korporat 6

1.6 Aspek Pemasaran 8

1.7 Profail Syarikat 10

1.8 Struktur Organisasi MKERSB 10

1.8.1 Penerangan Ringkas Aim Lembaga 10

Pengarah MKERSB

1.8.2 Senarai Kakitangan MKERSB 12

1.8.3 Kakitangan 14


BAB II RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 15



BAB III KOMPONEN KOMPUTER 21

3.1 Pemprosesan (Unit system) 21

3.2 Memori 23

3.3 Motherboard 25

3.4 Pemacu Cakera Keras (Hard Disk) 27

3.5 CD-Rom 28

3.6 Kad Bunyi (Sound Card) 29

3.7 Kad Grafik 30

3.8 Kad Paparan (Display Card) 31

3.9 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk) 32

3.10 Modem 33


BAB IV MIKROPEMPROSES KELAS PENTIUM 34

4.1 Pentium 34

4.2 Pentium Overdrive 35

4.3 Pentium Pro 35

4.4 Pentium Pro MMX 35

4.5 Pentium II 36

4.6 K6 37

4.7 Cyrix 6X86 38


BAB V SISTEM RANGKAIAN SETEMPAT 39

5.1 Konfigurasi Rangkaian (Network Configuration) 40

5.2 Definasi Lan 40

5.3 Alternatif-Altematif Lan 41

5.3.1 Komponen Lan 42

5.3.2 Workstations 43

5.4 Topologi Network 44

5.4.1 Topologi Bas 45

5.4.2 Topologi Star 45

5.4.3 Topologi Ring 45

5.5 Perkakasan Lan 45

5.5.1 Hub 45

5.5.2 Switch 46

5.5.3 Router 48


BAB VI BAIK-PULIH SISTEM KOMPUTER 49

6-1 Pengenalan 49

6.2 Alatan Untuk Baik-pulih 50

6.2.1 Multimeter 50

6.2.1.1 Mulitimeter Analog 50

6.2.1.2 Multimeter Digital 51

6.2.2 Pemateri 51

6.2.3 Timah Pemateri 51

6.2.4 Penyedut Timah Pemateri 52

6.2.5 Plier Muncung Tirus 52

6.2.6 Pemotong Diogonal (Cutter) 52

6.2.7 Pemotong Jenis Nippy (Nippy Cutter) 53

6.2.8 Tweezer 53

6.2.9 Ic Inserter 53


6.3 Langkah Pengawasan Membaik-pulih 53

6.3.1 Sebelum Kerja Membaik-pulih 54

6.3.1.1 Keadaan Persekitaran Kerja 54

6.3.1.2 Alatan Senggaraan 54

6.3.1.3 Meja Senggaraan 54

6.3.2 Semasa Membaik-pulih 55

6.3.3 Selepas Kerja Baik-pulih 55


BAB VII PERINTAH DOS 56

7.1 Pengenalan 56

7.2 Perintah DOS 56

7.2.1 Perintah-perintah Dalaman 57

7.2.2 Perintah-perintah Luaran 57

7.2.3 Perintah-perintah Kelompok 57

7.2.4 Perintah-perintah Config.Sys 57

7.3 Ringkasan Perintah-perintah DOS 58

7.4 Initial Setup Program 62

7.4.1 Standard CMOS Setup 62

7.4.2 Bios Features Setup 62

7.4.3 Chipset Features Setup 62

7.4.4 Power Management Setup 62

7.4.5 Load Bios Defaults 63

7.4.6 Load Setup Defaults 63

7.4.7 Password Setting 63

7.4.8 Ide Hdd Auto Detection 63

7.4.9 Save & Exit Setup 64

7.4.10 Exit Without Saving 64


BAB VIII VIRUS 65

8.1 SeJarah Virus Komputer 65

8.2 Pengertian Virus Komputer 65

8.3 Mengelakkan Serangan Virus 66

8.4 Cara Mengesan virus 68

8.4.1 Jangkitan Pada Cakera Liut 68

8.4.2 JangkitanPadaCakraKeras 68

8.4.3 Jangkitan Pada Komputer 68

8.5 Lapan langkan perlu setelah mengesan virus 68

8.6 Mengapuskan Virus Dengan Menggunakan 69

Anti-Virus

8.6.1 Pengesan (Scanner) 69

8.6.2 Penyembuh (Cures) 69

8.6.3 Penahan (Immunizers) 70

8.7 Program-Program Lain Yang Merbahaya 71

8.7.1 Logic Bomb 71

8.7.2 Worms 71



BAB XI KESIMPULAN 72




BAB X SARANAN & CADANGAN 74





RUJUKAN 77


































SENARAI JADUAL




NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT





1 Susunan Hardisk dan Penamaan hardisk pada 29
Sistem Linux


2 Bilangan "Beep" dan Komponen 31
yang perlu diperiksa


3 Kod-kod yang mewakili Komponen. 33


4 Komponen Utama Sistem Rangkaian 45


5 Perbandingan Hub & Switch 48

























SENARAI RAJAH




NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT



1 Jenis-jenis CPU 23

2 RAM 25

3 At Socket 7 Motherboard 26

4 Pemacu Cakera Keras 27

5 CD-ROM 28

6 Kad Bunyi 29

7 Kad Grafik 31

8 Kad Paparan 31

9 Modem Internal 33

10 Modem External 33

11 Pentium Pro MMX 37

12 Lan (Local Area Network) 42

13 Topologi Star 46

14 Hub 47

15 Penggunaan Router 49

16 Bios Setup 62













SENARAI LAMPIRAN





LAMPIRAN TAJUK



A TETRA Laptops -MIMOS

B PRISMA Komputer with LCD - MIMOS

C CANON LBP-810 Laser Beam Printer

D EPSON STYLUS C20SX Ink Jet Printer

E CANON S820 Buble Jet Printer

F CANON SCANNER Models

G CANON S200SP Buble Jet Printer

H CANON S520 Buble Jet Printer

I HP Office jet 6110 Print, fax, scan, copy

J HP PSC 1210 Printer, Scan, Copy







BAB I



PENGENALAN


Latihan Industri ataupun 'Practical Training' selama 5 bulan adalah diwajibkan kepada semua penuntut di semua Politeknik Dungun ketika penuntut berada di semester tiga (3) bagi kursus Sijil dan semester empat (4) bagi kursus Diploma. Pada dasarnya ianya bertujuan untuk mendedahkan para penuntut ke alam pekerjaan yang realiti dan mencabar. Semua ini akan memberi panduan kepada para penuntut untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik di dalam industri, firma atau mana-mana organisasi yang bakal ditempuhinya setelah tamat pengajiannya nanti.


1.1 OBJEKTIF UTAMA LATIHAN INDUSTRI

Terdapatjuga objektif-objektif lain yang dapat dimanfaatkan oleh penuntut semasa menjalani Latihan Industri ini. Di antaranya seperti berikut:

i) Mendedahkan para penuntut dengan suasana pekerjaan yang sebenarnya agar para pelajar dapat menyesuaikan dan mengkordinasikan diri mereka dengan realiti alam pekerjaan yang sebenar apabila mereka menamatkan kursus nanti.

ii) Membolehkan para penuntut mempraktikkan segala apa yang dipelajari di Politeknik Dungun, di tempatkan penuntut menjalani latihan praktikal ini.

iii) Seterusnya memberikan semangat dan keyakinan diri kepada para penuntut untuk mendalami ilmu teori tersebut dan kepentingan ini untuk diaplikasikan dalam realiti pekerjaan supaya memberi manfaat yang banyak.




iv) Pendedahan yang diterima ini adalah penting agar para penuntut tidak mengalami kejutan di alam pekerjaan yang boleh menyebabkan pelajar kaku dan tidak pandai menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.

v) Latihan ini dirasakan amat berguna terutamanya bagi pelajar yang belum pernah memasuki alam pekerjaan. Kalau semasa belajar semacam dipandu untuk mengikuti apa yang dirancangkan atau dijadualkan. Tapi jauh berlainan dengan situasi pekerjaan dimana segala aktiviti yang dilakukan mestilah mengikuti penilaian sendiri, walaupun ada peraturan atau tatacara sebagai panduan. Ia juga dapat melatih seseorang mempunyai pandangan terbuka.

vi) Memberikan pendedahan sosial dari aspek pergaulan. Ini membantu pelajar menimba ilmu dan pengalaman bagaimana cara berinteraksi dengan majikan, pekerja serta pelanggan syarikat.

vii) Mengukur sistem pengurusan yang diamalkan iaitu sejauh manakah keberkesanan pengedalian sistem pengurusan itu dan kelemahan yang difikirkan wujud yang menimbulkan ketidak-efisyen dalam perjalanan keseluruhan organisasi itu. Ini akan memberikan serba sedikit pengalaman untuk menguruskan sesuatu perniagaan sendiri di suatu masa kelak.

viii) Latihan Industri ini juga secara tidak formal akan menjadi satu langkah mempromosikan penuntut-penuntut dari Politeknik Dungun di kalangan masyarakat khususnya dalam bidang perniagaan dan korporat. Malahan langkah ini juga seterusnya akan memudahkan dan memberi peluang kepada majikan dalam memilih pekerja-pekerja untuk firma atau syarikat mereka.


1.2 TUJUAN LAPORAN

Tujuan laporan ini adalah untuk menerangkan secara terperinci melalui penglibatan saya terhadap Mesra Komputer Enterprise iaitu tentang latarbelakang syarikat yang terlibat dari segi sejarah awal penubuhan, struktur organisasi, operasi. perkhidmatan dan banyak lagi secara umumnya. Analisa terhadap aliran proses perkhidmatan dan komitmen kakitangan akan dinilai untuk melihat kekuatan dan kelemahan organisasi. Perkhidmatan dan komitmen kakitangan akan dinilai untuk

melihat kekuatan dan kelemahan organisasi. Selepas itu saya akan cuba memberikan
beberapa cadangan atau komen-komen yang boleh membantu lagi syarikat terbabit.



1.3 SKOP

Laporan ini adalah meliputi apa yang dapat dipelajari dari pengalaman dan Pemerhatian selama penuntut menjalani latihan praktikal di syarikat ini. Segala maklumat dan fakta adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh pihak
pengurusan syarikat.


Dari segi skop kerja, pelatih dibenarkan atau dikehendaki melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dibuat oleh staf itu sendiri. Kerja -kerja yang dilakukan adalah lebih kepada bahagian teknikal seperti membaikpulih komputer, memasang networking dan lain-lain lagi. Bagi permasalahan yang timbul pula, pelatih hendaklah merujuk kepada juruteknik syarikat.


1.4 LATAR BELAKANG FIRMA

1.41 SEJARAH PENUBUHAN

MKE RESOURCES SDN BHD ataupun lebih dikenali dengan nama MKERSB adalah merupakan sebuah syarikat yang berasaskan komputer. Penubuhannya adalah disebabkan oleh desakan dalam teknologi maklumat masa kini. MKE juga merupakan sebuah institut yang berperanan untuk melahirkan sumber tenaga professional bagi menampung arus perkembangan system teknologi maklumat yang begitu pesat berkembang di masa ini. Seterusnya menyumbangkan kemahiran yang berkualiti tinggi bagi mencapai wawasan 2020.

MKE RESOURCES SDN BHD adalah sebuah syarikat milik penuh
bumiputera. la telah didaftarkan pada Oktober 2001 dengan nama MESRA KOMPUTER ENTERPRISE dan diperbadankan pada 17hb Mac 2003 dengan nombor pendaftaran 609208 K. MKE telah menjalankan pelbagai urusniaga yang berkaitan dengan latihan kemahiran. Penubuhan MKERSB ini adalah diatas desakan

peluang bagi menganjurkan Skim atau program-program dan kursus-kursus di bawah kelolaan Pembangunan Manusia Berhad (PSMB) yang pada ketika ini belum wujud satu Penyelia Latihan yang bertauliah di negeri Kelantan.


MKE RESOURCES SDN BHD ditubuhkan oleh dua orang individu professional dan kesemuanya adalah bumiputera. Kedua-dua mereka kini adalahmerupakan tonggak utama syankat ini. Mereka ini Encik Mustapha Bin Mat Deris yang memegangjawatan Pengerusi Eksekutif dan Encik Masrul Bin Mustapha sebagai Pengarah Urusan.


1.4.2 OBJEKTIF UTAMA SYARIKAT

Pada amnya, semua syarikat mahupun firma mempunyai matlamat utama syarikat. Bagi MKERSB matlamat utamanya ialah untuk menjadi sebuah Pusat Latihan segala kursus kemahiran dibawah seliaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad, yang professional serta memberikan atau membekalkan perkhidmatan bagi membuat kepelbagaian dalam pengurusan yang mampu melahirkan sumber tenaga professional yang berkualiti bagi menampung arus perkembangan teknologi yang begitu pesat dan mencabar dekad ini.


Pihak kami telahpun berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dibawah Skim Prolus dan juga Skim SBL-Khas (A0469 Sijil Pendaftaran Kelas A). Sehubungan dengan itu MKERSB telah mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang berasaskan komputer yang telah lama beroperasi di sekitar Bandar Kota Bharu ini. Diantaranya ialah seperti Smart Reader Sdn Bhd, Digital Teknologi Sdn Bhd, HD, Edu Corn Sdn Bhd, Kota Bharu Komputer Center, Compeland Sdn Bhd dan lain-lain lagi. Pihak syarikat juga mempunyai tujuan yang tertentu, iaitu :


a KOMITMEN KEPADA PELANGGAN

Syarikat berpandangan bahawa perkembangan sesebuah syarikat itu bergantung kepada pelanggan yang memberikan kepercayaan serta

Berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan ini. Dengan ini pelanggan dapat memberikan sokongan kepada syarikat untuk terus maju. Syarikat juga percaya pelanggan adalah `Raja` bagi setiap perniagaan.



b. KUALITI PERKHIDMATAN

Syarikat memberikan tumpuan yang lebih serius terhadap perkara di atas dengan mengkaji semua komen yang diusulkan oleh pelanggan mereka. Syarikat juga mempertingkatkan perhidmatan yang disediakan serta menentukan bahawa setiap barangan yang dijual adalah bermutu dan memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan.


c. MEMENTINGKAN PEKERJA YANG BERKUALITI

Syarikat sentiasa berkehendakkan kakitangan yang produktif dan berkualiti. Pihak pengurusan sering mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cara meningkatkan tahap kualiti pengurusan dan perkhidmatan dari masa ke semasa, melalui perbincangan bersama kakitangan dengan pihak pengurusan. Maka MKERSB telah menetapkan pecahan matlamatnya kepada 2 objektif utama iaitu, objektif luaran dan objektif dalaman.


I OBJEKTIF LUARAN

i. Meningkatkan mutu perkhidmatan supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan sempurna kepada para pelanggan.
ii. Memberikan saingan yang sihat ke atas perniagaan berasaskan
komputer yang sedia ada wujud sebelum syarikat ini beroperasi.
iii. Dapat menyumbangkan sumber tenaga yang mempunyai
kemahiran yang berkualiti tinggi bagi mencapai wawasan 2020.
iv. Memberikan pengetahuan yang sebenar dan terbaik mengenai

pengajian komputer supaya pelajar-pelajar yang mana belajar
kursus komputer disini dapat mengendalikan komputer dengan
baik.
v. Menyumbangkan seruan kerajaan supaya dapat mewujudkan
sebuah masyarakat yang berteknologi tinggi.



II OBJEKTIF DALAMAN

i. Mempertingkatkan penguasaan pasaran permintaan dan individu serta pihak swasta. Pencapaian terhadap kualiti pengeluaran sentiasa dititik-beratkan oleh pihak pengurusan
ii. Memperluaskan pasaran dengan mempelbagaikan bentuk
promosi untuk menarik minat dan perhatian masyarakat tempatan.
iii. Menaikkan imej syarikat sebagai sebuah pusat teknologi
berasaskan komputer yang terbaik.
iv. Menaikkan serta mengekalkan tahap kualiti staf yang produktif dalam syarikat.
v. Memperbaiki dan meningkatkan tahap pengurusan syarikat.


1.5) MATLAMAT DAN STRATEGI KORPORAT

Beberapa matlamat dan strategi telah digariskan sebagai panduan dan landasan perniagaan untuk terus berdaya saing :

i) Kemunculan MKE Resources Sdn Bhd ke dalam pasaran Malaysia untuk mengembangkan kepercayaan serta pengetahuan supaya dapat di kongsi seterusnya dapat meninggikan daya kerja serta membantu pelanggan dengan memberikan bantuan khidmat bagi membuat kepelbagaian dalam pengurusan.




ii) Berhasrat menjadi salah satu pusat perniagaan yang unggul dan menjadi contoh kepada buimputera lain bahawa kita boleh bersaing dengan kaum-kaum lain.


iii) Membekalkan perkhidmatan dari segi latihan dan pembangunan sumber manusia dan dengan ini akan memberikan pulangan yang positif kepada seseorang individu serta organisasi sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam.


iv) Mengembangkan perniagaan dengan mempelbagaikan produk dan menubuhkan rangkaian atau cawangan serta menjayakan perniagaan selari dengan perkembangan IT sekarang dan menuju Wawasan 2020.


v) Menitik-beratkan perkhidmatan yang cemerlang dan membekalkan barangan yang berkualiti serta memupuk nilai-nilai kerja yang professional, berdisplin dan berdedikasi.


vi) Membuka peluang pekerjaan kepada kaum Bumiputra Melayu agar dapat menimba pengalaman yang berguna dan berfaedah.


vii) Mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah tentang teknologi maklumat (IT) dengan kursus- kursus yang telah dijalankan.


viii) Bertindak dalam menyediakan Pusat Latihan Komputer yang terbesar di negeri Kelantan terutama dalam menguruskan dan menganjurkan kursus-kursus yang dikawal selia oleh pihak Pembangunan Manusia Berhad (PSMB)


1.6) ASPEK PEMASARAN

MKE Resources Sdn Bhd cuba menekankan pemasaran yang menyeluruh, kerana la merupakan aspek terpenting dalam perniagaan. Kebijaksanaan dalam aspek ini akan memberikan kelebihan dan kejayaan yang cemerlang kepada syarikat. Dalam aspek ini pihak pengurusan membahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian jualan dan bahagian perkhidmatan.

BAHAGIAN JUALAN

Pihak kami menjalankan servis atau penyelenggaraan peralatan atau barangan
secara terus kepada pelanggan samada pihak swasta, kerajaan dan individu, MKERSB juga mengurus kontrak penyelenggaraan dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta seperti:

• Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)
• Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN)
• Telekom Malaysia Berhad
• Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
• Hospital Besar Kota Bharu
• Biro Bantuan Guaman
• As-Syabab (Sekolah Qiraati Kelantan)
• Vayasan Islam Kelantan (YIK)
• Sri Kiblah (Sek Rendah Islam)
• ZMS SdnBhd
• Era Bayam Kota (M) Sdn Bhd (Anak Syarikat Bernas)
• Fine Access Sdn Bhd (Institut Pengajian Swasta)
• Fin Consult (M) Sdn Bhd
• Infotrack Network Sdn Bhd
• Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri
• Sekolah Menengah Ugama Darul Iman Beris Lalang
• Sek Men. Ugama Ar-Rahmah Kenali
• Fin Projek Sdn Bhd


BAHAGIAN PERKHIDMATAN

Mengelolakan seminar awam, latihan mengikut bahagian yang disertai dan latihan kumpulan yang ditumpukan daripada berbagai topic. Individu akan dilengkapkan khususnya dalam program latihan. Antaranya:


1) Pinjaman dan Pembiayaan
2) Komunikasi Perniagaan
3) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
4) Pengurusan Umum
5) Pengarusan dan Pembangunan Sumber Manusia
6) Pengurusan Operasi dan Produk
7) Motivasi dan sebaran Am


Dalam menguruskan bahagian perkhidmatan ini, satu perjanjian telah dimeterai iaitu perjanjian SBL-Khas dengan pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi membolehkan pihak syarikat menjalankan program pembangunan latihan yang disebutkan tadi untuk syarikat-syarikat atau organisasi yang telah berdaftar dengan pihak Pembangunan Manusia Berhad.


Pihak syarikat juga sedang menjalankan Kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dibawah Skim Latihan Graduan (SLG) seliaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Selain daripada itu pihak syarikat juga menguruskan program latihan atau motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK)


Pihak syarikat juga menjalinkan hubungan perniagaan dengan D' Marque Strategic Consultancy Sdn Bhd yang menjalankan kursus-kursus latihan kepada kakilangan swasta atau kerajaan




1.7) PROFAIL SYARIKAT

Nama Syarikat : MKE RESOURCES SON BHD
NO. PENDAFTARAN : 609208K
Alamat Perniagaan : Lot 2889, Depan Madrasah Klinik, Beris Kubor Besar,16050 Bachok, Kelantan.
No.Telefon : 09-778276
Faks : 09-7782520
E-mail : masila97@yahoo.com
Tarikh Penubuhan : 06hb Oktober 2001
Jenis Perkhidmatan : Pusat Latihan Bertauliah, Kelas Komputer,
Menjual Komputer, Menservis Komputer
Pemegang Saham : En. Mustapha Bin Mat Deris
: En. Masrul Bin Mustapha
Bank : Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Kota Darul Naim


1.8) STRUKTUR ORGAN1SASI MKERSB

1.8.1 PENERANGAN RINGKAS AHLI LEMBAGA PENGARAH
MKERSB

i) En. Mustapha Bin Mat Deris

Berpengalaman luas selama 25 tahun dalam bidang perniagaan. Mula menceburkan diri dalam perusahaan tembakau di awal 1982. Tertubuhnya Syarikat Tembakau Pulau Lima menjadi tanda atau contoh kemahiran dan kepakaran beliau dalam bidang perniagaan yang amat mencabar ini. Memulakan langkah awal dalam bidang Automotif dengan tertubuhnya Rasa Sayang Luxury Holding (M) Sdn Bhd yang memasarkan peralatan jentera pembajak berjenama Shibura. yang menjadi kebanggaan pada masa itu kerana syarikat ini menjadi agen tunggal untuk pasaran Malaysia.





Oktober 2001 hingga 19 March 2003

Menjadi Pengerusi Mesra Komputer Enterprise, berperanan dalam menasihat dan mendapatkan kontrak-kontrak dan urusniaga dengan pihak pelanggan.


17 March hingga sekarang

Memegang jawatan Pengerusi Eksekutif di MKE RESOURCES SDN BHD.


ii) En. Masrul Bin Mustapha

Memiliki Diploma Akauntansi dari Politeknik Kota Bharu. Berperanan mentadbir serta memastikan semua proses perniagaan atau urusniaga syarikat berjalan lancar.


1998 hingga September 2001 (3 tahun)

Pengalaman bekerja sebagai Pengarah Eksekutif di Abroad Technology Center Sdn Bhd. Bertanggungjawab dengan sepenuhnya dalam bidang pengurusan syarikat, iaitu membantu Pengarah Urusan menjalankan urusan perniagaan. Berperanan dalam menjayakan kelas atau Kelab IT Bestari di sekolah-sekolah yang terlibat di negeri Kelantan dengan usahasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


1999 hingga 2000 (2 tahun)

Memegang jawatan sebagai Abli Lembaga Pengarah di Abroad Nilam Management. Bertugas dalam mengurus dan menasihat dalam bidang pengurusan atau penganjuran kursus-kursus pengurusan yang dianjurkan oleh pihak syarikat. Berperanan dalam menasihat syarikat berkaitan dengan pengurusan.




Oktober 2001 hingga 19 March 2003

Memegang jawatan Pengurus di Mesra Komputer Enterprise. Bertugas mengendalikan semua urusniaga dan pentadbiran pejabat. Menjayakan Kursus Sijil Teknologi Maklumat dan Komunikasi I & II di bawah Skim Latihan Graduan (SLG) kelolaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)




17 March hingga sekarang

Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di MKE RESOURCES SDN BHD, bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan syarikat, terutama yang melibatkan pihak pelanggan yang berurusan berkaitan dengan latihan..


1.8.2 SENARAI KAKITANGAN MKE RESOURCES SPN BHD

i) En. Hasri Rifdi Bin Mamat @ Hamzah

Memegang jawatan sebagai Pengurus Latihan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Universiti Teknologi Malaysia. Bertanggungjawab dalam mengendalikan kelas komputer di makmal computer MKE RESOURCES SDN BHD. Bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus-kursus teknologi maklumat yang dianjurkan oleh pihak syarikat dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad.


ii) En. Mohamad Daud Bin Omar

Memegang jawatan sebagai Penyelaras Kursus. Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda bidang agama dari Universiti Malaya. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelaras dan menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan potongan levi yang dikelolakan oleh pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan berurusan dengan pihak-pihak korporat.




iii) Puan Sakinah Bt Saari

Memegang jawatan kerani merangkap kerani akaun. Berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Bertugas dalam mengaturkan segala temujanji dan menguruskan segala fail di syarikat.

iv) En. Azwanuddin Bin Japar

Memegang jawatan sebagai Penyelia Makmal. Beliau bertanggungjawab
dalam menguruskan peralatan dan membaiki segala kerosakan peralatan komputer yang di gunakan di makmal MKE RESOURCES SON BHD dan juga menjaga servis komputer untuk pelanggan yang berurusan dengan pihak syarikat.


v) En. Mohd Hafizi Bin Abd Wahab

Memegang jawatan sebagai Pegawai Latihan, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia. Bertanggungjawab mengendalikan kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi I & II di MKE RESOURCES SDN BHD di bawah Skim Latihan Graduan (SLG) anjuran PSMB.


vi) Puan Roha Bt Nawi

Memiliki Diploma Teknologi Maklumat dari Institut Teknologi Darul Naim. Membantu dalam mengendalikan kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi I & II, membantu pihak pengurusan dalam mengendalikan Kelab IT sekolah.


vii) En. Mohd Syahrizanyuzi Bin Mhd Saari

Memegang jawatan sebagai Pegawai Pemasaran MKERSB. Memiliki Ijazah daripada Universiti Putra Malaysia. Bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian pemasaran MKE Resources Sdn Bhd.


1.8.3 KAKITANGAN

MKE Resources Sdn Bhd mempunyai sembilan (9) orang kakitangan tetap
iaitu;

1. Seorang Pengerusi

2. Seorang Pengarah Urusan

3. Seorang Pengurus Latihan

4. Seorang Penyelaras Kursus

5. Seorang Pegawai Pemasaran

6. Seorang Kerani

7. Dua (2) Orang Pegawai Latihan

8. Seorang Penyelia Makmal


















BAB II



RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


4 Julai 2004-7 Julai 2005
1. Melaporkan diri di Mesra
Komputer Enterprise, di
perkenalkan kepada stas-stas.

2. Diberikan penerangan tentang
syarikat dan tugas-tugas yang akan
dijalankan.

3. Buat kerja-kerja networking di SMK Kandis, Bachok.

4. Menservis komputer di SMKA Tangok, Bachok.


10 Julai 2004-14 Julai 2005

1. Membuat servis di SMK Kandis, networking ada masalah.

2. Memasang sebuah komputer baru untuk pelanggan.

3. Menukar power supply untuk komputer pelanggan.

4. Menukar hard disk sebuah
komputer pelanggan kepada yang
baru,memformat,membuat
partition dan menginstall perisian
yang diperlukan

17 Julai 2004-21 Julai 2005
1. Memformat 2 buah komputer dalam makmal MKE.

2. Memasang AGP kad pada komputer pelanggan. Install driver AGP.

3. Meng'update' Anti-Virus pada semua
komputer di Kelab Siber di SMK Kandis.

4. Belajar install windows XP Arabic dengan juruteknik.

24 Julai 2004-28 Julai 2005
1. Menginstall perisian Micosoft
office,Print Artist,Photoshop pada
komputer pelanggan

2. Install windows ME guna disket startup

3. Membantu Jurutekmk menukar
mainboard kepada yang baru dan
memasukkan RAM,Sound Card
AGP Card
4. Membantu juruteknik menukar
mainboard komputer pelanggan

31 Julai 2004-4 Ogos 2005
1. Menginstall Windows XP Home
Edition, Print Artist, Norton Anti-
Virus 2003 pada komputer
Pelanggan
2. Membuat networking baru dalam makmal MKE
3. Scan spyware dalam cc MKE
4. Membantu juruteknik menukar
power supply pada komputer yang
rosak

7 Ogos 2005-11 Ogos 2005
1. Menjalankan servis bersama
juruteknik pada semua komputer di
syarikat

2. Membantu juruteknik memeriksa notebook pelanggan yang dikatakan USB port tak berfungsi

14 Ogos 2005-18 Ogos 2005
1. Buat checkdisk dan disk difragment dalam cc MKE

2. Pergi ke Kota Bharu bersama pengurus mengambil perkakasan computer.

3. Pergi ke Megatech Sdn Bhd mengambil komputer yang ditempah oleh pelanggan

21 Ogos 2005-25 Ogos 2005
1. Menservis komputer dan setup
semula networking di makmal

2. Meng'upgrade' komputer
Pelanggan

3. Pasang satu computer baru untuk pelanggan

28 Ogos 2005-1 September 2005
1. Menginstall Windows 98 Arabic pada komputer pelanggan dan perisian-perisian lain

2. Menukar RAM pada computer yang rosak kepada yang baru

3. Membantu Juruteknik menukar Power supply pada komputer yang rosak, menservis, scandisk

4. Menukar pemacu disket pada
komputer pelanggan

4 September 2005-8 September 2005
1. Menservis komputer di Sekolah Kebangsaan Sri Kemudi.

2. Scan virus pada semua computer, update antivirus, buat disk difragment.

3. Menukar RAM pada sebuah komputer di dalam makmal.

4. Membersih habuk-habuk yang terdapat
Pada setiap komputer di dalam makmal.


11 September 2005-15 September 2005
1. Membuat servis di Sekolah Kebangsaan Kg. Chat.

2. Menukar Floppy dari sebuah computer kepada yang baru kerana di dapati rosak.

3. Menservis sebuah Printer, membersih habuk-habuk dan menukar dakwat.

18 September 2005-22 September 2005
1.Membuat servis di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.

2.Scan virus, disk difragment, update antivirus.

3. Membersihkan habuk dan debu yang terdapat dalam casing.

4. Mencuci floppy disk menggunakan disk clean up.
25 September 2005-29 September 2005
1. Mengemas dan membersihkan bilik untuk kelas SLG.

2. Membantu fotostat nota-nota untuk pelajar.

3.Menukar RAM pada sebuah computer pelanggan.


2 Oktober 2005 – 6 Oktober 2005
1. Menukar Network Card keatas dua buah komputer di dalam makmal syarikat

2. Membantu juruteknik menginstall win me pada computer SMK Kandis.

3. Menukar komponen-komponen komputer yang rosak di makmal komputer syarikat

4. Memformat hardisk baru untuk pelanggan. Install window XP.
9 Oktober 2005 – 14 Oktober 2005
1. Menukar motherboard pada komputer Pengarah Urusan.

2. Pergi ke Base Communication untuk menukar mainboard yang rosak
3. Pergi ke rumah pelanggan untuk membaikpulih komputer yang rosak
4. Menghantar komputer pelanggan dan menjalankan setup network pada komputer tersebut
17 Oktober 2005 – 22 Oktober 2005
1. Menukar hardisk baru pada computer pelanggan dan install window XP.
2. Menukar motherboard pada computer pelanggan.
3. Membuat difragment pada computer di makmal MKE.
25 Oktober 2005 – 27 Oktober 2005
1. Hantar barang ke rumah pelanggan bersama juruteknik.
2. Mengambil bekalan barang di Kota Bharu.
6 November 2005 – 10 November 2005
1. Membuat networking di JPJ Kelantan Panji bersama dengan 2 juruteknik yang lain.
2. Menambah ‘point’ network yang baru.
3. Mengubah network yang sedia ada.
14 November 2005 – 17 November 2005
1. Format 5 buah computer dalam makmal MKE.
2. Install software yang perlu seperti Norton Antivirus dan Microsoft Office.
20 November 2005 – 24 November 2005

27 November 2005 – 30 November 2005



























BAB III



KOMPONEN KOMPUTER


Hardware atau dalam bahasa adalah perkakasan. Hardware merujuk kepada komponen komputer yang boleh dipegang atau disentuh. Peralatan komputer seperti papan kekunci atau keyboard, mouse, modem, monitor, casing, speaker, scanner, hard disk, CR-ROM di kelaskan sebagai perkakasan. Selain dari perkakasan luaran, komponen-komponen seperti cip memori, CPU, papan ibu, kad bunyi, kad grafik, kad pemecut grafik, kad SCSI dsb juga dikelaskan sebagai perkakasan.


3.1 Pemprosesan (unit sistem)

Unit sistem terdiri daripada memori utama RAM (Random Access Memori) yang mana sesuatu data tersebut akan hilang apabila ditutup (off). Ini termasuklah peralatan elektronik yang lainnya seperti modem dan fax. Komputer memperlihatkan data yang disimpan dalam bentuk digital melalui penglibatan dua jenis kod berpiawai. Kod-kod tersebut ialah Kod EBCDIC (Extended Binary Loded Decinual Interchange Code) dan Kod ASCII (Am Stand-lode for Inf. Interchange).


Apabila medan-medan maklumat digabungkan, akan berlaku pula proses pembentukan fail. Pengabungan kesemua fail-fail ini akan membentuk sebuah pangkalan data (Data Base). Manakala pengabungan pangkalan-pangkalan data ini pula akan membentuk sebuah Bank Data.


Unit Pemprosesan Pusat (CPU) merupakan sebuah sistem yang terdiri daripada dua komponen. Unit Kawalan adalah komponen yang pertama yang berkeupayaan untuk mengkordinasikan serta mengawal kesemua bahagian di dalam sistem komputer. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk mengawal proses pengaliran data dan program data (keluar dan masuk) dari RAM. Proses ini melibatkan agenda membaca, mentafsir, register barulah sesuatu arahan tersebut dijalankan.


Unit Aritmetik / logik merupakan komponen yang kedua yang menjalankan pengoperasian sebenar aritmetik dan logik. Dalam erti kata lain, ia memproses pengoperasian matematik seperti operasi bahagi, darab, tolak, tambah dan lain-lain. Selain itu ia juga menjalankan operasi logik akal manusia seperti sistem perbandingan.Contohnya perbandingan di antara huruf Q dengan Y, angka 8 dengan 15 dan sebagai berdasarkan kepada sistem kod seperti 100011,0000110,10100 atau sebagainya.Tetapi ia hanya melibatkan kod I dan 0 sahaja .


CPU mempunyai beberapa jenama, model dan kelajuan (Rajah 1)

1. Jenama : INTEL, AMD dan CYRIC.

2. Model : Katrij - dipasang pada slot 1 atau slot A
PPGA - dipasang pada soket 370, soket PPGA

3. Kelajuan: Lebih besar nilainya, lebih laju dan bergantung kepada
CPU Dan jenisnya











Rajah 1 : Jenis-jenis CPU

(Sumber: institut Latihan Perindustrian-D-010-2.D01-Pl)


Pemasangan : Merupakan proses pemasangan terpenting dan perlu berhati hati. Ia dipasang pada soket di papan induk. Pastikan sudut CPU dipasang pada sudut soket yang berpadanan dan betul. Tentukan penanda pada CPU sebelum pemasangan dibuat. Penanda ini akan menentukan sama ada CPU yang dipasang betul atau salah. Jika anda memasang pada sudut yang salah, pin-pin CPU tidak akan masuk pada lubang-lubang soket.


3.2 Memori

RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litarbersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan. Jika terdapat lebih dari satu program dilaksanakan dalam satu masa yang sama, sesuatu aturcara tidak boleh berada dalam memori secara eksklusif. Tiada ruang dalam memori untuk menyimpan data yang telah diproses.



Terdapat dua jenis cip memori di dalam komputer iaitu RAM dan ROM. RAM bermaksud ingatan capaian rawak (random access memory). Memori inilah yang digunakan oleh CPU untuk menyimpan secara sementara, arahan dan data diberikan kepadanya. Faktor ukuran ditentukan oleh jenis memori (FP, EDO, PC66-SDRAM, PC100-SDRAM, PC133-SDRAM, PC2100-DDR SDRAM, PC800-RDRAM) dan kapasiti memori (dalam unit Mb).


Terdapat dua jenis memori iaitu:

a. RAM (Random Access Memory) capaian memori jenis ini menyimpan data dan arahan yang akan dilaksanakan secara sementara. Ia bersifat meruap (volatile) iaitu kandungan ingatannya akan terhapus sekiranya tiada arus elektrik. RAM terdiri daripada dua jenis iaitu Statik RAM (SRAM) dan Dynamic Ram (DRAM). Ukuran muatan bergantung kepada jumlah bait yang boleh disimpan. Contohnya 8MB, 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan sebagainya.


b. ROM bermaksud ingatan baca sahaja (read only memory) adalah satu
ingatan kekal yang mengandungi arahan operasi komputer. Misalnya, arahan
yang disimpan di dalam ROM akan memberitahu komputer bagaimana untuk mengenal sesuatu kunci keyboard yang ditekan dan bagaimana untuk memaparkan di skrin. ROM juga menyimpan program sistem operasi tahap rendah, di mana ia digunakan untuk POST dan boot komputer.


RAM mempunyai beberapa jenis yang berbeza bentuk, diantaranya (Rajah 2)

1. Jenis : SIMM, DIMM, SDRam, RDRam
2. Bentuk : Bergantung kepada bentuk RAM (Cth: 72)
3. Kapasiti : Lebih besar kapasiti, lebih mudah dan cepat
komputer mengakses data- (32MB, 64MB, 128MB, dll)
4. Jenis Kelajuan : 66MHz, 100MHz, 133MHz. (bergantung kepada sokongan bas papan induk)



Rajah 2: RAM


(Sumber : Institut Latihan Perindustrian-D-OlO-l.DOl-Pl)


Pemasangan : Dipasang pada slot RAM di papan induk yang dikenali sebagai "Bank". Pastikan ia dipasang pada "bank" yang betul. Terdapat 3 "bank" yang disediakan. Rujuk manual papan induk. Biasanya ia dipasang pada "bank 1" lebih dahulu.


3.3 Motherboard (Papan Induk)

Papan induk merupakan bahagian utama komputer dimana kesemua perkakasan akan disambungkan rnelalui papan induk agar kesemua perkakasan dapat berkomunikasi sebelum ianya dapat melaksanakan fungsi sesebuah komputer. Papan induk (Mathoerboard) juga merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahagian bawah casis unit system (system unit).


Papan system diperbuat daripada kepingan "fiberglass" yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic)


Papan induk mempunyai jenis AT dan ATX (Rajah 3)

1. AT : suis on dan off secara manual
2. ATX : suis on dan off secara automatic
Jenis AT dan ATX mempunyai perbezaan yang ketara diantaranya:
- soket bekalan kuasa
- soket penghubung luaran ( External Connectors )



Rajah 3 : At Socket 7 Motherboard

(Sumber : Institut Latihan Perindustrian-D-OlO-2-DOl-Pl)


Pemasangan: Biasanya ia dipasang pada dinding kekisi sebelah kanan. Jika kekisi jenis"desktop" ia akan dipasang pada lantai kekisi.


3.4 Pemacu Cakera Keras (Hard disk)

Hard disk adalah media storan utama sebuah komputer. Semua perisian dan data disimpan di dalam hard disk. Hard disk berbeza dan memori di mana hard disk menyimpan sesuatu data secara kekal. Ingatan pada hard disk tidak akan terpadam dengan mematikan komputer. Faktor ukuran adalah kelajuan (dalam unit rpm), kapasiti (dalam unit Mb / Gb / Tb) dan protokol ATA (ATA-33 / ATA-66 / ATA 100). Ada dua jenis hard disk utama iaitu IDE dan SCSI. Kelebihan SCSI berbanding IDE ialah beberapa SCSI boleh beroperasi serentak secara berasingan. Bagi penguna PC, hard disk IDE adalah lebih sesuai kerana lebih ekonomi.


Pemacu cakera keras dikatakan bersifat semipermanent kerana dengan memberi arahan tertentu, arahan dan data di dalamnya boleh dihapuskan. Contoh: Delete. Pemacu cakera boleh untuk menyimpan arahan dan data yang banyak kerana ia mempunyai ruang kapasiti yang besar.


Pemacu ini ada beberapa jenis, jenama dan kapasitinya (Rajah 4)

1. Jenis: DMA/ATA 66/ATA 100
2. Bentuk: Bergantung kepada jenis dan jenama.(lihat rajah)
3. Jenama : Quantum, Maxtor, Western Digital, Samsung, dll.
4. Kapasiti :10.2GB. 20.2 GB, 30.0 GB



Rajah 4: Pemacu Cakera Keras

(Sumber : Institut Latihan Perindustrian-D-010-2.001-PI)

Pemasangan: Dipasang pada "bracket" 3.5" di kekisi. Sebelum pemasangan dibuat
pastikan "jumper" pemacu diselaraskan sebagai ''Primary Master'.


Susunan Harddisk

Bagi sistem Linux, jika anda mempunyai lebih dari satu hard disk. Penomboran partition bergantung kepada kedudukan di terminal IDE 0 atau 1 dan master atau slave. Keutamaan untuk boot adalah pada hard disk HD1.


3.4 Cd-Rom

Selain pemacu cakera liut 3.5 inci, kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan pemacu CD-ROM. Berbanding dengan pemacu cakera liut, pemacu CD-ROM dapat menyimpan sejumlah data yang besar sehingga 650 MB. Bagaimanapun pengguna hanya boleh membaca isi kandungan CD-ROM dan tidak boleh menulis ke atasnya. Kelajuan pemacu (biasanya dilabel sebagai 4X, 6X, 8X, 10X, 16X, 20X, 24X, 40X, 50X dsb) dikira berdasarkan pusingan. Kebanyakan pemacu CD-ROM pada hari ini berpusing pada kadar 16X iaitu kadar data boleh dihantar ke cakera keras. Pemacu CD-ROM 16X mencukupi bagi penggunaan seharian serta aplikasi multimedia.


Pemacu ini mempunyai beberapa jenama dan kelajuan (Rajah 5)
1. Jenama: Asus, LG, Creative, Sony, dll
Kelajuan Bergantung kepada pemacu :-(Cth: 45x, 50x, 52x dll.)

Rajah 5 : CD – Rom

(Sumber: Institut Latihan Perindustrian-D-010-2.D01-Pl)
Pemasangan: Dipasang pada "bracket" 5.25" di kekisi. Selaraskan "jumper" sebelum
pemasangan dibuat. Biasanya ia diselaraskan sebagai "Primary Slave" ataupun "Secondary Master".Bergantung kepada cara penyambungan kabel riben dibuat. Sila rujuk manual pemacu dan papan induk yang dibekalkan oleh pembekal.

Contoh;


3.6 Kad Bunyi (Sound Card)

Kad bunyi pula digunakan untuk menukar gelombang digital kepada analog dan kemudian dihantar ke speaker. Kualiti kad bunyi pada hari ini adalah lebib baik dari dahulu. Ukuran sesuatu kad bunyi ditentukan oleh kualiti bunyi yang disokong, ciri binaan seperti wavetable dan 3D, dan lebar bit (16bit. 64bit, 128bit). Bagi pengunaan biasa kad bunyi 16bit adalah mencukupi. Jika anda mahu dapatkan kualiti bunyi MIDI yang lebih baik, dapatkan kad bunyi dengan wavetable dan sokongan bunyi 3D.


Kad Bunyi mempunyai beberapa jenama dan jenis (Rajah 6)
1. Jenama : Sound Blaster, Yamaha, ESS dan lain-lain.
2. Jenis : Terdapat kad bunyi yang menyokong slot ISA atau PCI.




Rajah 6 : Kad Bunyi

(Sumber: Institut Latihan Perindustrian-D-010-2.001-Pl)


Pemasangan : Dipasang pada slot PCI di papan induk. Sesetengah papan induk sudah mempunyai kad bunyi sedia pasang. Pemasangan kad bunyi tidak diperlukan lagi pada papan induk jenis ini. Selaraskan "jumper" sahaja supaya kad bunyinya aktif.


"Sound"

Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa makna-makna yang tertentu bagi menentukan komponen-komponen mana yang berkomunikasi rosak. Jadual 2 dibawah menunjukkan bilangan 'beep' dan komponen-komponen yang perlu diperiksa:-

Jadual 2 : Bilangan Beep & Komponen

Bilangan bunyi `Beep`
Komponen yang perlu diperiksa
1-4
5
6
7
8
9
10
11
Memory
CPU
Keyboard
CPU
Video Card
BIOS
CMOS
Cache Memory



3.7 Kad Grafik

Kad grafik digunakan untuk menukar isyarat digital kepada analog supaya sesuatu imej boleh dipaparkan di skrin monitor (Rajah 7).Kad pemecut grafik pula bertindak mempercepatkan proses penukaran isyarat imej digital (termasuk objek 3D seperti poligon). Pada hari ini, kebanyakkan kad grafik mengunakan protokol AGP






Rajab 7 : Kad Grafik

(Sumber: Institut Latihan Perindustrian-D-010-2.D01-Pl)


3.8 Kad Paparan (Display Card)

Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan (Rajah 8) adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai Banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut



Rajah 8 : Kad Paparan

"Display" : Error Code[xxx] - mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan rosak (Jadual 3)




Jadual 3 : Kod-kod yang mewakili Komponen

Kod Kesalahan
Komponen yang perlu diperiksa
101-199
201-299
301-399
601-699
901-999
1101-1199
1701-1799
System Board
RAM
Keyboard
Floppy Drive
Printer
Serial Port
Hard Disk


(Sumber : PC Troubleshooting UUM)


3.9 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) merupakan alat yang digunakan sebagai tempat menulis dan membaca sahaja daripada cakera liut (Floppy Disk) tetapi Cakera Liut terhad untuk menyimpan data kerana saiznya yang kecil hanya 1.44MB sahaja. Struktur dalaman pemacu cakera liut mempunyai banyak persamaan dengan struktur dalaman cakera keras , ia mempunyai bahagian asas yang sama. Kebanyakkan pemacu cakera keras mempunyai 2 kepala iaitu BACA/TULIS (READ/WRITE) satu kepala digunakan untuk menulis dan memadam data manakala satu kepala lagi digunakan untuk membaca data

Pemacu ini mempunyai beberapa jenama iaitu;

1. Jenama : Panasonic, Samsung, Sony, dll
2. Kapasiti: 1.44MB
3. Saiz : "3.5"

Pemasangan ; Dipasang pada "bracket 3.5" di kekisi. Buat sambungan kabel kuasa dan kabel riben dengan betul. Sila rujuk pada tajuk pemasangan. Berhati-hati semasa penyambungan kabel.



3.10 Modem

Modem card berfungsi sebagai alat untuk kita menghubungi atau menggunakan Internet. Selain melibatkan penggunaan MODEM ini, untuk mengubungi atau menggunakan Internet satu lagi alatan yang penting adalah talian Telefon, dimana setelah adanya talian telefon barulah kita dapat menghubungi internet. Modem terbahagi kepada dua jenis iaitu Modem internel (DaIaman-Rajah 9) dan Modem Externel (Luaran-Rajah 10 ).


MODEM ini terbahagi kepada 4 tahap kelajuan iaitu 14.4 Kbps, 28.8 Kbps, 33.6 Kbps dan yang tertinggi adalah 56 Kbps ( Kilo Bytes Persecond ).





Rajah 9 : Modem Internal Rajah 10 : Modem External


(Sumber: Institut Latihan Perindustrian-D-010-2.D01-Pl)













BAB VI



MIKROPEMPROSES KELAS PENTIUM


TIDAK ada perbincangan berkenaan komputer yang boleh lari dari mengatakan pasal mikropemproses. Mikropemproses sering diibaratkan sebagai "otak" komputer bahagian yang memproses kebanyakan data atau maklumat untuk pengguna. Ia juga adalah sering diambil sebagai titik-tolak akan kekuasaan sesuatu sistem komputer itu. Jadi sememangnya patut kita mula dengan membincangkan pasal mikropemproses Pentium. Pentium yang dikeluarkan pada tahun 1993, merupakan mikropemproses generasi kelima keluaran syarikat gergasi pengeluar mikropemproses iaitu Intel.


4.1 Pentium

Pentium adalah mikropemproses pertama keluaran Intel yang boleh memproses maklumat dalam 32 bit serentak, ia mengandungi 3.3 juta transistor yang melakukan kerja - kerja memproses pada berbagai kelajuan. Diantara kelajuan kelajuan pada mana mikropemproses ini boleh di dapati ialah 60,66,75,100,120, 133, 150, 166 dan 200 MHz. Pentium adalah cip mikropemproses yang pertama dimasukkan dengan ciri - ciri RISC atau Reduced Instruction Set Computing.





4.2 Pentium Overdrive

Pada tahun 1995, Intel mengeluarkan cip Pentium Overdrive bagi mesin-mesin Yang mempunyai cip 80486 tetapi inginkan kuasa pemprosesan Pentium. Melalui sistem ini Papan induk komputer tersebut harus mempunyai soket khas bagi menerima cip Pentium dan pada masa yang sama menggunakan cip 486-nya yang lama. Teknologi ini seperti semua orang sedia maklum hanyalah satu teknologi peralihan bagi mendapatkan lebih ramai orang menggunakan cip Pentium.


4.3 Pentium Pro

Pada tahun yang sama cip Pentium Pro diperkenalkan kepada dunia. Cip Pentium Pro dikatakan adalah cip generasi baru bagi Intel dan berkebolehan "lari" pada kelajuan 150,166,180 dan 200 MHz - satu kelajuan yang tidak begitu tinggi kerana kelajuannya adalah sama dengan kelajuan Pentium Overdrive tetapi menggunakan lebih banyak transistor - iaitu sebanyak 5.5 juta semuanya. Kelebihan Pentium Pro sebenarnya terselindung. Ini kerana kemajuannya terletak pada struktur litarnya yang mempunyai ciri-ciri superpipelining, dynamic execution dan kehadiran ingatan cache peringkat kedua (L2) di dalam mikropemproses itu sendiri. Semua cip sebelum ini menggunakan ingatan cache peringkat kedua dari luar cip berkenaan. Pentium Pro membawa ingatan ini masuk ke dalam system mikropemprosesnya sendiri.


4.4 Pentium Pro MMX

Dua tahun setelah pengeluaran Pentium Pro, Intel mengeluarkan cip Pentium Pro MMX (Rajah 1). Singkatan MMX seringkali dikatakan bermaksud Multi Media extensions. Pentium Pro MMX tidak memberikan pengguna satu cip yang lebih laju. Kelebihannya terletak pada kebolehannya memproses maklumat multimedia seperti bunyi, suara, video dan grafik dalam bentuk digital- Sebelum MMX kesemua maklumat digital ini diproses oleh kad-kad multimedia khusus yang dipasangkan pada Papan induk.Kad-kad ini dikeluarkan oleh pihak ketiga dan diantaranya adalah seperti Kad monitor dan kad bunyi. Kad monitor memproses grafik dan video

sementara kad bunyi memproses bunyi, suara dan muzik. Intel telah sekali lagi mengabungkan teknologi kad-kad ini ke dalam cip mikropemprosesnya. Namun kebolehan cip MMX ini hanyalah terserlah apabila arahan-arahan khas tertutis untuknya oleh penulis perisian-perisian komputer. Perisian-perisian komputer yang mempunyai arahan khas untuk mengambil kesempatan atas teknologi MMX ini dikatakan perisian sedia – MMX. Perisian-perisian yang dikeluarkan sebelum adanya MMX tidak boleh menggunakan teknologi ini dan oleh itu tidak bermanafaat dari kewujudannya.




Rajah 11 : Pentium Pro MMX

4.5 Pentium II

Teknologi yang tiba selepas itu dari pengeluar gergasi Intel adalah Pentium II. Dikeluarkan pada tahun 1999, Pentium II dibina atas struktur yang sama dengan Pentium Pro tetapi ditambahkan lagi 2 juta transistor yang menjadikan semuanya kini 7.5 juta transistor.


Pentium II boleh didapati dalam versi dengan kelajuan 233, 266, 300 dan 333MHz. Versi-versi yang lain mungkin akan keluarkan. Pentium II adalah cip mikropemproses yang terbesar dari segi saiznya yang pernah dikeluarkan. Bentuknya juga berlainan iaitu berupa segiempat bujur dibandingkan dengan bentuk hampir segiempat sama cip-cip sebelumnya. Saiznya yang besar melambangkan kebolehan tambahannya yang diantaranya ialah:-

a. Struktur arkitek Dual Independent Bus atau DIB
b. Ingatan Cache Peringkat Pertama (LI) sebanyak 32Kilobyte dan ingatan cache Peringkat Kedua (L2) sebanyak 512Kilobyte. Kedua dua ingatan cache ini disepadukan ke dalam litaran cip elektronik tersebut.
c. Kebolehan memproses MMX


Kesemua cip-cip mikropemproses Intel sebelum Pentium digelar dengan nombor mereka seperti 80286, 80386 dan 80486. Akibat dari penggunaan nombor-nombor ini oleh penyaing Intel seperti AMD, Intel telah berusaha untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menyatakan bahawa nombor-nombor tersebut harus diberikan perlindungan hakcipta.


Tetapi Intel gagal di dalam usahanya dan terpaksa mencari jalan lain. Intel kemudian dikatakan telah mengupah satu agensi penamaan sebanyak berjuta dollar Amerika untuk mencari nama yang sesuai bagi cip mikropemproses generasi yang kelimanya. Kononnya setelah berbulan - bulan membuat kaji selidik, agensi itu mengemukakan nama tersebut: Pentium! "Pentium" diambil dari nama Yunani Pent bagi nombor 5 dan "ium" adalah sambungan biasa.

Sehingga lewat dekad ke 80an, Intel sering dianggap pengeluar tunggal cip mikropemproses bagi kegunaan industri komputer. Namun tahun-tahun 90-an melihat kemunculan syarikat yang memberikan cabaran sengit kepada Intel.Syarikat syarikat ini mengeluarkan cip yang setanding dari segi fungsi tetapi sering pada harga yang lebih rendah dan juga sering mempunyai prestasi yang lebih dari cip-cip Intel. Dua dari syarikat yang berhasrat menggugat kedudukan "maharaja" Intel ialah AMD dan Cyrix. Mari kita berkenalan sedikit dengan mereka.


4.6 K6

K6 adalah nama kepada cip mikropemproses dari AMD atau Advance Mikro Devices. Cip mikropemproses K6 adalah 100% bersesuaian dengan cip Pentium dari Intel. Jadi pengguna komputer boleh menggunakan komputer yang dikuasai oleh K6 untuk melaksanakan semua perisian - perisian kegemarannya. Selain dari

kesesuaiannya dengan cip Pentium, K6 juga mempunyai teknologi MMX dan walaupun adalah 20% lebih kecil dari cip Pentium, ia mempunyai 3 juta transistor lebih dari Pentium (iaitu 8.5 juta transistor dibandingkan dengan 5.5 pada Pentium). Dalam kebanyakan ujian prestasi yang dijalankan, K6 dikatakan mengatasi Pentium Dari pelbagai segi. Harganya yang rendah juga menjadikannya pilihan kepada pembuat komputer yang ingin menjaga kos pengeluaran mereka.


4.7 Cyrix 6x86

Cyrix adalah satu lagi pengeluar cip mikropemproses yang bersesuaian dengan cip Pentium Intel. Jawapan kepada cabaran Pentium dari Cyrix adalah cip 6x86 dimana tidak digantikan dengan nombor generasi cip berkenaan. Cip-cip keluaran Cyrix juga dikatakan mempunyai teknologi yang setanding dengan Pentium dan prestasi yang lebih baik pada harga yang lebih rendah. Walaupun Intel mendapat cabaran sengit dari AMD dan Cyrix, kedudukannya sebagai pengeluar No.l cip mikropemproses tidak pernah tergugat.


Ini kerana walaupun AMD dan Cyrix boleh mengeluarkan cip yang lebih berkualiti dan murah hanya Intel sahajalah yang dapat memenuhi pemintaan sedunia bagi cip mikropemproses komputer. Berdasarkan keyakinan ini Intel terus membesar seperti yang dapat dilihat dari pembukaan kilangnya yang terbaru di kawasan perindustrian teknologi tinggi di Kulim, Kedah.


Selain dari itu Intel juga mempunyai kilang di Bayan Lepas, Penang berhampiran dengan penyaingnya, AMD.












BAB V



SISTEM RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)


Manusia tidak boleh tinggal bersendirian, ianya perlu berkomunikasi dengan Manusia atau benda yang lain. Oleh itu komunikasi merupakan satu perkara yang asas dalam kehidupan kita. Contoh komunikasi adalah seperti perbualan, membaca buku, menghantar/ menerima surat dan sebagainya. Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu `tele' yang bermaksud sangat jauh. Ia memperihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.


Pada tahun 1981, apabila IBM memperkenalkan PC, ramai berpandapat PC mungkin beroperasi sebagai unit bersendirian (stand alone units) dirumah atau sebagai processors tambahan kepada mainframes dan minicomputers diarena perniagaan.


Menjelang pertengahan tahun 1990 ianya menjadi semakin jelas terhadap keupayaan PC. Syarikat - syarikat dan individu mula mahu menyambungkan PC bagi berkongsi data dan sumber. Sekarang ini penyambungan atau mengrangkaikan komputer merupakan satu kebiasaan yang penting (major trend). Pembangunan perkakasan hardware dan software rangkaian berkembang cepat berbanding dengan lain-lain bidang pengkomputeran.



Sistem rangkaian komputer (computer network) boleh ditakrifkan sebagai satu Kumpulan perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membolehkan computer tersebut berhubung dan melakukan aktiviti perkongsian. Aktiviti perkongsian ini melibatkan perkongsian data seperti fail atau pun mesej, perkongsian aplikasi dan perisian yang lain, dan perkongsian hardware seperti printer dan modems. Kebolehan- kebolehan diatas menyebabkan sistem rangkain (network) menjadi lebih bermakna dari masa ke semasa.


5.1 Konfigurasi Rangkaian (Network Configuration)

Terdapat 3 Jenis konfigurasi dalam rangkaian iaitu:

i) Wide Area Network (WAN) merupakan rangkaian yang
menggunakan komputer dan terminal pada tempat yang jauh.
ii) Rangkaian yang menghubungkan pengguna dalam Bandar yang
sama dikenali sebagai metropolitan area network (MAN)
iii) Rangkaian yang menghubungkan pengguna dalam satu kawasan yang dekat seperti dalam satu makmal, pejabat atau bangunan dikenali
sebagai Local Area Network (L4N)


5.2 Definasi LAN

Definasi LAN menjadi sukar kerana terdapat keperbagaian didalam LAN. Pada Umumnya LAN mengandungi ciri-ciri berikut:

a. LAN mengandungi beberapa PC dan peranti tambah.
b. Komputer biasanya berdekatan antara satu dengan lain.
c. Komputer dirangkaikan diantara satu dengan lain melalui kabel
elektronik.
d. Data dan sumber di kongsikan oleh Komputer.
e. Setiap sesebuah komputer melaksanakan sesetengah fungsi
pemprosesan.
f. Komputer diuruskan oleh satu atau lebih individu dengan
menggunakan software yang khusus.

g. Data disebarkan diantara komputer dengan menggunakan protocol
yang sama ("list of rules")



Pemilihan Gigabit Ethernet sebagai sambungan backbone antara hub dan peranti lain menggunakan Fast Ethernet adalah berdasarkan beban yang dibawa oleh mereka.

Kepelbagaian didalam LAN adalah tidak terhingga.

Ianya boleh terdiri daripada beberapa komputer yang berkongsi bilik dan fail serta printer ataupun mengandungi beribu-ribu komputer yang bersebaran di kampus kolej ataupun syarikat perniagaan yang komplek. LAN ini mungkin berkongsi beratus-ratus printer bertukar email, video conferencing dan dilindungi dengan sistem security. Kesemua sistem ini merupakan LAN. Sekiranya Network menjadi lebih besar ianya dipangil WAN. Dimana komputer dirangkaikan dengan modens, satellite transmissions atau kabel. Kebanyakan WAN mengandungi mainframe atau minicomputer. Contoh WAN yang jelas adalah airline reservation system, WAN ini mengrangkaikan beribu- ribu komputer didearah-dearah kepada beberapa host Komputer.


5.3 Alternative-alternative LAN

Komputer boleh dirangkaikan dengan berbagai cara samada melalui keadah "Foot Net", "File Transfer Programs" dan "Multiuser System". Keadah foot net dikatakan sebagai kaedah prematif dimana data disimpan didalam Disk yang kemudiannya dibawa kepada komputer lain. Keadah "file transfer programs" merupakan kaedah yang menggunakan kabel yang khusus bagi membolehkan PC disambungkan melalui serial ports. Oleh kerana data dipindahkan melalui serial ports, proses pemindahan agak perlahan berbanding LAN.


"Multiuser system" pula merupakan sistem yang menyediakan berberapa user dengan sumber perkomputeran yang boleh dicapai pada masa yang sama, biasanya melalui prosesor berpusat "central processor" atau "dumbs terminals". "Central

Rocessor" ini boleh terdiri daripada minicomputer yang lebih merupakan cabinet tanpa monitor atau keyboard.



5.3.1 Komponen-komponen LAN

Seperti mana yang dinyatakan terdahulu, terdapat kepelbagaian di dalam LAN. Komponen-komponen ini terdiri :

i. Sebuah Komputer lengkap yang biasanya dilengkapkan dengan floppy
disk. Dimana Komputer boleh terdiri daripada PC yang lama "outdated" atau PC yang terkini.
ii. Peranti tambah seperti printers dan disk drivers.
iii. Adapaters Cards pada setiap komputer dengan penyambungan Networks
iv. Kabels
v. System software
vi. Perisian Applikasi.
vii. UPS


Komponen LAN biasanya berfungsi sebagai client-server. Dimana terdapat satu komputer, biasanya yang lebih berkuasa yang dijadikan server. Ianya mengendalikan kerja-kerja seperti penyelengaraan fail dan percetakan. Server biasanya dipangil "file server" dikendalikan oleh seorang individu user. Client Komputer serta peranti dipangil NODES.


Sesetengah client server networks mempunyai lebih daripada satu server. Satu komputer boleh terdiri daripada fail server yang mengawal penyimpanan data dan yang lain boleh berfungsi sebagai print server bagi mengawal system percetakkan.



Dengan menggunakan berbagai server ianya membolehkan sistem beroperasi lebih pantas kerana kerja pemprosessan seperti penyimpanan data dan percetakkan dikongsi lebih daripada satu komputer.


Secara idealnya bagi clients server LAN, pemprosessan data sebenarnya dijalankan pada servers. Individu workstation pada network hendaklah berkemampuan menjalankan aplikasi seperti word processors atau spreed sheets tanpa bantuan server. Server masih mengawal penyimpanan data dan kerja-kerja percetakan tetapi individu client menjalankan kerja-kerja yang lain.


Sistem network yang mengandungi komputer dengan keupayaan yang sama dipanggil Peer to Peer Network. Penyusunan ini boleh didapati pada pejabat kecil dimana semua fail didalam komputer boleh dicapai oleh users yang menggunakan komputer lain didalam network.


5.3.2 Workstations

Didalam dunia LAN, networked PC sering dipanggil "workstations", iaitu nama yang biasa digunakan pada UNIX System yang digunakan untuk CAD dan kerja-kerja yang berkaitan.


Terdapat 2 konfigurasi pada Network Workstations :

i) Standard Desktop System

System yang biasanya mengandungi Monitor, Keyboard dan Kotak sebagai tempat untuk PC elektronik dan pemancu. Terdapat juga sesetengah konfigurasi yang meletakkan elektronik dan floppy drive didalam keyboard. NIC biasanya melalui adapter, walaubagaimanapun terdapat juga yang diintegrasikan pada PC Mainboard.

ii) Diskless System

Ianya tak mempunyai disk drive, system memuatkan OS melalui server dimana process ini dinamakan "remote boot" atau "remote program load (RPL)". Konfigurasi fizikalnya masih lagi sama dengan standard desktop system. Tujuannya

adalah untuk keselamatan bagi mengelakkan data salin daripada Network. NIC yang boleh terdiri daripada adapter card atau diintegrasi bersama dengan Motherboards.


Komponen utama di dalam sistem rangkaian (Jadual 4)



Jadual 4: Komponen Utama Sistem Rangkaian


Server



Client


Media


Resource


Shared data
Komputer yang membolehkan sumber hardware dan
software yang terdapat padanya digunakan oleh komputer
lain dalam rangkaian tersebut.

Sebarang komputer yang menggunakan sumber yang terdapat
pada server

Penyambung yang terdapat di dalam sistem rangkaian.
Contoh; kabel

Fail, printer, modem atau benda lain yang dapat dikongsi
oleh clients

Fail yang disediakan oleh server untuk dikongsi oleh klien di
dalam sistem rangkain


5.4 Topologi Network

Topology adalah satu susunan tempat ataupun kawasan. Network Topology adalah bentuk kedudukan ataupun layout sumber-sumber yang berada didalam network tersebut.


Terdapat 2 jenis sambungan yang membolehkan lebih sumber berinteraksi. Ia
adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point connections. Point-to-point connectios menyediakan penyambungan berterusan diantara dua buah sumber.


Contohnya penyambungan terus 2 buah komputer. Multi-point-connections menyediakan perkhidmatan 3 atau lebih sumber didalam sesuatu sistem jaringan tersebut.


5.4.1 Topologi Bus

Bus Topology menggunakan satu kabel yang panjang yang menyambungkan kesemua sumber didalam network tersebut. Mesej atau data yang dihantar akan pergi kepada semua komputer yang berada didalam system rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau mesej tersebut. Komputer yang lain akan memeriksa samada alamat (address) setiap mesej untuk memastikan komputer yang sepatutnya menerima mesej tersebut


5.4.2 Topologi Star

Star topologi menggunakan perkakasan pertengahan yang dipanggil hub. Semua sumber di dalam network atau sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara sumber-sumber tersebut. Semua mesej yang disampaikan akan melalui hub sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya. Apabila satu sumber mengalami kerosakan, ia tidak menjejaskan topologi jenis star.


5.4.3 Topotogi Ring

Ring Topologi memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan. Mesej atau data dari satu komputer pada yang lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data yang dihantar kepadanya, ia kemudianya akan mengubahsuai dan mengembalikanya untuk menunjukan yang ia telah menerima mesej tersebut.






5.5 Perkakasan LAN


5.5.1 HUB

Hub berbanding dengan switch bekerja di lapisan fizikal OSI Layer. Ia juga dipanggil multiport repeaters (Rajah 14) atau concentrators maka hanya bekerja untuk menguatkan signal yang diterima dan menghantar semula kepada port-port lain. Hub yang murah dipasaran mungkin mempunyai ciri-ciri intelligent yang minimum tanpa sebarang processor.



Rajah 14 : HUB



Hub digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang (star topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, printer dan sebagainya).Hub biasanya disimpan didalam kabinet rangkaian dan mempunyai sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih dahulu.


i. Switch

Konsep switch adalah hampir sama dengan hub. Kita boleh katakana switch adalah sebuah hub tetapi hub bukanlah sebuah switch kerana ciri-cirinya intelligent yang ada pada switch.Istilah switch selalu dikelirukan dengan hub.Perbandingan antara switch dan hub


Perbandingan antara 10MB Ethernet hub dan switch (Jadual 5)

Jadual 5: Perbandingan Hub & Switch

HUB
SWITCH
Semua port dalam sebuah hub berkongsi
10MB bandwidth contohnya bagi hub
yang mempunyai 8 port, 10MB akan dikongsi oleh 8 user. Bermakna jika ada seorang user bernama Abu mendownload sebuah file multimedia yang bersaiz besar. maka hanya sedikit sahaja bandwidth yang boleb digunakan untuk user lain

Switch pula boleh mencapai 10MB
bandwidth bagi setiap port. Semua user
boleh mendapat sambungan maksimum
10MB dan juga jika Raju adalah bos
dalam sebuah organisasi maka dia boleh
menyuruh system adminnya mendedikasi
sambungan 10MB untuk PCnya sahaja
dan sambungan bandwidth yang kurang untuk user2 lain.

Hub akan menghantar semua packet yang diterima oleh satu port ke semua port2 lain walaupun hanya satu port sahaja yang sepatutnya menerima packet tersebut. Contohnya komputer X menghantar data ke komputer Y, maka setiap port akan menerima packet tersebut walaupun hanya komputer Y yang sepatutnya menerimanya.

Switch pula lebih bijak dari hub dan akan
menghantar packet kepada destinasinya
sahaja. Kelebihan ini adalah kerana switch mempunyai ciri2 intelligent iaitu boleh menyimpan table MAC address NIC (network interface card) peralatan
komputer lain dengan membuat perbandingan sebelum menghantar ke
destinasinya yang betul. Dengan cara ini "network utilisation" dapat dikurangkan kerana bandwidth
digunakan dengan lebih efficient

Collision kerap berlaku kerana 10MB
bandwidth dikongsi oleh beberapa ports.
Jika berlaku penghantaran packet serentak diantara user2 tersebut packet tersebut mcnunggu masa yang lebih lama scbclum dihantar semula.

Collision mungkin tidak/kurang berlaku
kerana network boleh disegmenkan kerana packet hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port2 lain.



ii. Router

Router bekerja di lapisan ke 3 OS Layer. Secara amnya tugas router adalah untuk menghantar/menghalakan packet dengan menggunakan metric yang paling optimal ke destinasinya. Arah packet yang dihantar mungkin boleh dipelajari dari maklumat lapisan ke 3 OSI Layer iaitu IP address. Selalu dikaitkan sebagai gateway tetapi sebenarnya tidak semestinya gateway adalah router. Router mengandungi komponen hardware dan juga software contohnya bagi router Cisco software yang digunakan bernama Cisco IOS (Internetworking Operating System). Hardware sebuah router terdiri daripada CPU contohnya Cisco router 2505 menggunakan processor 20MHz Motorola 68EC030.Selain dari itu ia juga mempunyai komponen memori seperti,NVRAM,flash RAM dan juga RAM. Sambungan ke peralatan network lain menggunakan ports contohnya serial ports Contoh penggunaan router untuk menghubungkan dua LAN yang berada dua lokasi yang berlainan melalui sambungan WAN (Rajah 15 ).


















BAB VI



BAIK PULIH SISTEM KOMPUTER


6.1 PENGENALAN

Setiap barangan yang dicipta oleh manusia tidak boleh dielakkan daripada mengalami kerosakan pada sistem pengoperasiannya. Komputer Juga tidak dapat dielakkan daripada mengalami kerosakkan. Oleh itu terdapat pelbagai cara untuk pengguna komputer itu mengesan dan menyelesaikan masalah yang timbul pada komputer yang digunakan. Seseorang itu perlulah menitik-beratkan beberapa perkara penting untuk memastikan bahawa komputer yang ingin dibaikpulih itu akan dapat dibaikpulihkan dalam jangka masa dan tempoh yang ditetapkan.


Dalam melakukan pembaik-pulihan computer juga, seseorang itu perlulah merujuk kepada buku baik pulih komputer yang ada di pasaran, untuk tujuan membantu kerja-kerja baik pulih komputer. Buku rujukan ini boleh dianggap sebagai keperluan yang penting bagi membantu serta sebagai penunjuk dalam membaik-pulih computer yang menghadapi masalah untuk beroperasi. Disamping membantu ia juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam penyelenggaraan sistem komputer. Buku baik pulih komputer juga amat perlu kerana setiap komponen computer sentiasa berubah teknologinya daripada keluaran yang terdahulu.







6.2 ALATAN UNTUK BAIK-PULIH

Dalam membaik-pulih dan mengesan kerosakkan pada sistem computer pengetahuan yang menyeluruh mengenai alatan baik-pulih dan pengujian. Aturan pengujian juga perlu dalam menjalankan proses ini dan juga dapat membantu dalam mempercepatkan kerja. la adalah bertujuan untuk menghindarkan serta mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kejutan elektrik, kerosakkan pada sistem computer dan juga menimbulkan masalah kepada peralatan baik-pulih. Pengetahuan ini juga amat perlu supaya tempoh kerja yang dilakukan dapat dijimatkan dan tidak akan menggangu kerja-kerja yang akan datang.


Dalam bab ini akan dijelaskan mengenai peralatan -peralatan yang perlu digunakan dalam kerja-kerja baik-pulih dan mengesan kerosakan pada system komputer. Di antara peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja baik pulih ialah :-


6.2.1 MULTIMETER

Multimeter merupakan peralatan yang sangat penting dalam kerja-kerja mengesan masalah atau kerosakan pada semua alatan elektronik. Begitu juga dengan penggunaan mulitimeter untuk tujuan pengujian komputer. Multimeter perlu digunakan kerana ianya dapat memberikan penilain dalam pelbagai jenis keadaan iaitu nilai voltan, nilai arus dan pelbagai jenis fungsi elektronik yang lain. Multimeter terdiri daripada dua jenis iaitu :-


6.2.1.1 Multimeter Analog

Multimeter Analog boleh digunakan untuk mengukur dan mendapatkan nilai bacaan voltan AC, DC arus dan kerintangan. Kebanyakkan juruteknik elektrik, elektronik dan komputer lebih menggemari untuk menggunakan multimeter dari jenis ini kerana kosnya tidak begitu tinggi jika dibandingkan dengan multimeter jenis digital. Ukuran yang dipaparkan oleh meter ini juga boleh dikatakan tepat.



6.2.1.2 Multimeter Digital

Multimeter dari jenis digital (DMM - Digital Multimeter ) boleh dikatakan berfungsi hampir menyamai sistem yang dijalankan pada multimeter Analog, cuma ianya memaparkan bacaan secara digital dipaparannya. Bacaan yang dipaparkan oleh multimeter ini lebih bagus dan lebih tepat.


Kebanyakkan juruteknik tidak begitu gemar untuk menggunakan dari jenis ini kerana kosnya agak tinggi dan ianya tidak banyak perbezaannya Jika hendak dibandingkan dengan multimeter Analog.


6.2.2 PEMATERI

Pemateri merupakan peralatan yang digunakan untuk memateri komponen-komponen yang tidak kemas kedudukannya pada papan litar dan juga pada komponen-komponen elektronik yang lain, seperti bekalan kuasa, suis dan sebagainya. Pemateri mempunyai tahap pemanasan yang berbeza-beza, oleh yang demikian jika kepanasan yang tinggi dan melampaui tahap ketahanan komponen dan papan litar, ia akan merosakkan barangan tersebut, sekaligus akan merosakkan operasi sistem komputer.


Biasanya pemateri yang digunakan hanya akan mengeluarkan haba dalam lingkungan 30 watt sahaja. Pemateri yang harus dipilih adalah bermata tajam. Ini bertujuan untuk mendapatkan hasil pematerian yang lebik baik, tepat dan kemas.


6.2.3 T1MAH PEMATERI

Sentiasa digunakan Timah Pemateri ( solder wire) yang mempunyai kualiti untuk kerja-kerja pematerian komponen-komponen elektronik. Timah pemateri boleh digredkan kepada beberapa jenis berpandukan perbandingan diantara timah dengan plumbum (lead). Sebagai contoh pemateri yang paling baik digunakan dari jenis 60% timah dan 40% plumbum. Timah pemateri yang paling baik digunakan dalam kerja kerja elektrik dan komputer.


6.2.4 PENYEDUT TIMAH PEMATERI ( SUCKER )

Apabila sesuatu kerja yang terpaksa mengeluarkan semula komponen yang rosak, kita terpaksa memanaskan pemateri yang menyambungkan komponen berkenaan dengan papan litar untuk mencairkan pemateri dan langkah seterusnya gunakan penyedut timah pemateri untuk menyedut keluar pateri daripada papan litar. Untuk menggunakannya, kita perlu tekan pada penekan yang mempunyai spring sehingga rapat kepada butang penekan, Untuk menggunakannya bawa bahagian penghujung penyedut yang berlubang pada tempat yang hendak dibuang timah pematerinya. Dalam masa yang sama panaskan timah pemateri tersebut dengan pemateri. Selepas itu tekankan butang "tringger" dan spring akan terlepas sehingga menghasilkan tindakan "vacuum" yang kuat dan boleh menarik timah pemateri kedalamnya dan sekaligus akan menanggalkan timah pemateri tersebut daripada papan litar.


6.2.5 PLIER MUNCUNG TIRUS

Plier jenis ini mempunyai muncung /hujung yang tirus dan sesuai digunakan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan tempat yang sempit dalam komputer. Terdapat pelbagai jenis plier antaranya jenis "Neddie -nose" terdapat dipasaran dengan harga dan kuatiti yang berbeza-beza.


6.2.6 PEMOTONG DIAGONAL ( CUTTER )

Pemotong dari jenis ini amat sesuai dalam kerja-kerja membaik-pulih dan menyelenggara komputer. Biasanya ia digunakan dalam melakukan kerja memotong lebihan kaki komponen seperti perintang dan kapasitor. Tetapi disarankan agar jangan menggunakan peralatan ini untuk tujuan memotong kaki transistor dan IC.Ini kerana komponen-komponen ini amatlah sensitif dan mudah rosak.








6.2.7 PEMOTQNG JENIS NIPPY ( NIPPY CUTTER )

Pemotong jenis Nippy boleh dikatakan berperanan hampir sama dengan pemotong diagonal tetapi sebelah daripada permukaannya adalah rata dan ia akan menimbulkan satu tekanan kuasa yang kuat pada matanya. Pemotong dari jenis ini adalah amat sesuai untuk memotong lebihan kaki komponen seperti kaki tranastor dan juga kaki IC.


6.2.8 TWEEZER

Dalam melakukan kerja-kerja membaik-pulih dan menyelenggara komputer, sesekali terdapat komponen-komponen yang dengan tidak sengaja terjatuh ke dalam susunan unit sistem komputer dan ianya amat sukar untuk diambil dengan menggunakan tangan. Jadi kita mestilah menggunakan sejenis alatan yang dikenali sebagai "Tweezer". Alat yang berbentuk kecil dan nipis ini, dapat memudahkan kita mengambil komponen yang terjatuh ke dalam unit tadi, tetapi hendaklah diingat bahawa alatan ini diperbuat dari logam yang boleh mengalirkan tenaga elektrik, jadi untuk langkah keselamatan matikan terlebih dahulu bekalan kuasa elektrik yang dibekalkan ke komputer anda.


6.2.9 IC INSERTER

Komponen merupakan mesin elektronik yang paling banyak menggunakan litar bersepadu (IC). Untuk tujuan mencabut IC dengan cara yang terbaik adalah dengan menggunakan alat ini. Kaki IC tidak akan bengkok dan ini akan memudahkan kerja memasang semula komponen tersebut.


6.3 LANGKAH PENGAWASAN MEMBAIK-PULIH

Kerja membaik-pulih komputer mestilah mengikut sistem dan langkah- langkah pengawasan yang betul. Ini bertujuan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku dan juga untuk memastikan alatan baik-pulih adalah dalam keadaan yang terbaik.



Perbincangan dalam tajuk ini akan dijelaskan mengenai tiga langkah pengawasan membaik-pulih komputer. Dalam perbincangan ini terdapat tiga langkah penting iaitu :-


6.3.1 SEBELUM KERJA MEMBAIK-PULIH

Sebelum melakukan kerja-kerja baik-pulih, tiga perkara atau langkah asas perlulah diikuti iaitu :-

6.3.1.1 Keadaan persekitaran kerja

• Pastikan kawasan kerja adalah selesa
• Cahaya tempat kerja terang
• Punca bekalan elektrik yang mencukupi
• Penebat lantai yang selamat untuk kerja-kerja elektrik
• Peralatan baik-pulih tersusun rapi


6.3.1.2 Alatan Senggaraan

• Mempunyai alatan yang mencukupi dan bersesuaian dengan
komponen yang hendak diselenggarakan
• Mempunyai buku panduan yang betul dengan litar
• Menggunakan penstabil voltan dan bekalan kuasa sementara


6.3.1.3 Meja Senggaraan

• Meja adalah bersesuaian dengan kerja baik-pulih yang akan
dilakukan
• Keadaan yang bersesuain dengan bangku tempat kerja yang
dilakukan








6.3.2 SEMASA MEMBAIK-PULIH

Setelah langkah sebelum kerja telah dipastikan diikuti, langkah yang seterusnya ialah memastikan juga langkah-langkah pengawasan semasa kerja baik-pulih dititik-beratkan. Di antara langkah kerja yang perlu diambil semasa melakukan kerja-kerja baik-pulih komputer ialah :-

i) Pastikan tiada sebarang statik semasa membuka perkakasan
komputer dan komponen didalamnya
ii) Menggunakan alatan yang bersesuaian dengan kerja-kerja yang
dilakukan semasa proses membaik-pulih komputer
iii) Menggunakan pemateri yang mempunyai suhu yang bersesuian
ketika membaiki komputer
iv) Menggunakan penyedut (SUCKER) untuk membuang timah
pemateri
v) Menggunakan rujukan yang betul


6.3.3 SELEPAS KERJA BAIK-PULIH

Langkah pengawasan selepas kerja juga perlu diambil berat agar satu keadaan yang selesa akan timbul walaupun selepas kerja baik-pulih dijalankan. Di antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil berat ialah :-

i) Pastikan alatan yang digunakan telah disusun semula ke tempat
asalnya dengan kemas dan tersusun agar tidak mendatangkan perkara yang tidak diingini berlaku.
ii) Pastikan tiada lebihan timah pemateri yang tertinggal
iii) Pastikan kawasan kerja dibersihkan semula seperti sediakala
iv) Uji komputer yang telah siap dibaik-pulih itu tadi semula













BAB VII



PERINTAH DOS


7.1 PENGENALAN

DOS merupakan perisian yang amat penting dalam penggunaan komputer, ini kerana ia adalah perisian yang menjadi asas kepada sistem perisian komputer untuk membolehkan komputer beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah. Jika dos tidak digunakan sudah pasti komputer akan menghadapi masalah dan sukar untuk beroperasi.


DOS yang ada sekarang terdiri daripada versi-versi yang berbeza-beza dari satu masa ke satu masa. DOS yang biasa digunakan adalah terdiri daripada versi 5.0,6.22 dan 7.0.


7.2 PERINTAH DOS

DOS merupakan perisian yang paling penting dalam sesuatu system komputer. Begitu juga perlunya pengguna komputer mengetahui akan perintah- perintah yang paling asas dalam perisian DOS. Ini adalah bagi memudahkan penyelesaian masalah yang timbul pada sistem komputer.


Walaupun DOS mempunyai versi yang berlainan, tetapi arahan yang ada pada versi-versi tersebut adalah sama sehinggalah DOS versi yang paling baru. Perintah DOS pada asasnya boleh dibahagikan kepada empat perintah asas iaitu:



7.2.1 PERINTAH-PERINTAH DALAMAN

CHDIR (CD) EXIT DIR CLS
PATH VOL COPY PROMPTH
CITY SET DATE TIME
DEL (ERESE) VER


7.2.2 PERINTAH-PERINTAH LUARAN

APPEND DOSSHELL UNDELETE SETUP
ATTRIB EDIT UNFORMAT
BACKUP HELP XCOPY
CHKDSK LABEL COMMAND
MEM COMP PRINT
DISKCOMP RESTORE DISKCOPY


7.2.3 PERINTAH-PERINTAH KELOMPOK

CALL ECHO
FOR GOTO
IF PAUSE
REM SHIFT


7.2.4 PERINTAH-PERINTAH CONFIG.SYS

BUFFERS FILES
COUNTRY INSTALL
DEVICE LASTDRIVE
DEVICEHIGH REM
DOS SHELL
DRIVPARM STACKS
FCBS SWITCHERS


7.3 RINGKASAN PERINTAH-PERINTAH DOS

Seperti yang dijelaskan dalam tajuk 5.3, dapat diketahui bahawa perintah DOS terbahagi kepada empat perintah asas. Di dalam perintah asas tersebut terdapat pula perintah-perintah kecil di dalamnya.

Melalui perincian bab ini akan dihuraikan serba sedikit ringkasan-ringkasan yang biasa digunakan dalam kerja-kerja komputer.


a. CHKDSK
Paparkan laporan status pada cakera
Sintaksis : CHKDSK [ pemacu cakera]
Contoh :chkdsk C:
Parameter : tentukan kapasiti cakera yang disemak

b. CLS
Mengosongkan skrin
Sintaksis : CLS

c. COPY
Menyalin satu atau lebih fail ke cakera atau panduan lain
Sintaksis : copy [punca] [sasaran]
Contoh : copy [c:] [a:]
Parameter : Menentukan pemacu cakera, nama panduan bagi punca
dan sasaran

d. DEL (ERESE)
Memadam fail
Sintaksis : DEL pemacu cakera fail
Parameter : Menentukan pemacu cakera, nama panduan dan nama
fail




e. DIR

Paparkan senarai fail yang terdapat dalam cakera
Sintaksis : DIR [pemacu cakera]
Suis : / P Memaparkan satu skrin pada satu masa
: / W Paparkan senarai dalam bentuk iebar deogan
pelbagai naroa fail
: / A Paparkan fail tersembunyi
: / 0 Paparkan fail mengikut abjad


f. DISKCOPY

Menyalin kandungan dari sekeping cakera liut ke cakera yang lain
Sintaksis : Copy [ pemacu cakera :1 ] [pemacu cakera: 2]

g. EDIT

Memulakan MS-DOS Editor
Sintaksis : Edit [ penaacu cakera nama fail ]
Parameter : Menentukan kedudukan dan nama fail

h. FORMAT

Menformat cakera
Sintaksis : Format [ pemacu cakera ] [ suis ]
Parameter : Menentukan pemacu cakera yang hendak diformat
Suis : / Q Padamkan jadual peruntukan fail (FAT) dan
panduan punca sesebuah cakera, ianya tidak akan menyemak bahagian yang rosak
: / U Format tanpa syarat dan memusnahkan
kesemua fail dalam cakera
: / S Salin fail sistem yag telah diformatkan






i. HELP

Memberi bantuan atau petunjuk dalam perintah DOS
Sintaksis : HELP [ perintah ]

j. MEM

Memaparkan jumlah ingatan yang telah digunakan dan masih
kosong dalam sistem
Sintaksis : MEM

k. TIME

Memaparkan masa mengikut jam dalam sistem komputer
Sintaksis : TIME

l. TYPE

Memaparkan sebuah fail teks
Sintaksis : TYPE [nama ]
Parameter : Menentukan nama fail yang ingin dilihat

m.UNDELETE

Memaparkan semua fail yang telah dipadamkan
Sintaksis : UNDELETE [pemacu cakera : nama fail ]
Parameter : Menentukan pemacu cakera dan nama fail yang ingin
dipaparkan semula

n. VER

Memaparkan nombor versi DOS yang sedang digunakan
Sintaksis : VER
]

7.3 INITIAL SETUP PROGRAM

Setelah kerja-kerja pemasangan komponen habis dilakukan, langkah seterusnya ialah kita perlu setkan pada BIOS Setup untuk mengenalkan Hardisk pada

sistem komputer serta settingkan untuk interrupt-interrupt dan port-port peranti komputer seperti modem, kad Network, kad ISDN dan lain-lain lagi. Ini perlu disetkan supaya port-port ini tidak bertindih antar satu sama lain.


Untuk masuk ke dalam skrin BIOS Setup (Rajah 16) kita perlu menekan kekunci 'DELETE' (DEL) yang terdapat pada papan kekunci atau keyboard. Ini adalah untuk komputer biasa, bagi sesetengah komputer lain seperti Acer, Nee, Hewlett Packard, Dell dan lain-lain akan menggunakan kekunci lain untuk masuk ke dalam sistem BIOS Setup. Ada di antaranya menggunakan kekunci CTRL - ALT - ECS, CTRL – F1, ALT – F1, CTRL - ESC, F2 dan lain-lain lagi. Tapi yang penting kekunci tersebut berfungsi untuk memasuki ke dalam sistem BIOS Setup bagi sesebuah komputer.

Menu berikut akan dipaparkan pada skrin monitor :-

ROM PCI / BIOS (2A69HA2B)


CMOS SETUP
AWARD SOFTWARE. INC.

STANDARD CMOS SETUP
BIOS FEATURES SETUP
CHIPSET FEATURES SETUP
POWER MANAGEMENT SETUP
PNP / PCI CONFIGURATION
LOAD BIOS DEFAULTS
LOAD SETUP DEFAULTS
INTEGRATED PERIPHERALS
SUPERVISORS PASSWORD
USER PASSWORD
IDE HDD AUTO CONFIGURATION
SAVE & EXIT SETUP
EXIT WITHOUT SAVING

ESC : Quit
F10 : Save & Exit Setup


Rajah 16 : Bios Setup




Gunakan kekunci arrow / tab bagi mengerakkan kursor kepada arahan yang menjadi pilihan anda untuk memasuki program tersebut. Kemudian tekan kekunci

7.4.1 STANDARD CMOS SETUP

Dalam menu ini anda boleh menetapkan kedudukan pemacu cekara liut iaitu samada pemacu A dan pemacu cakera jenis 3,5 inci sebagai pemacu B atau sebaliknya, bergantung kepada kedudukan soket kabel pemacu cakera yang dipasang pada setiap pemacu cakera yang dipasang pada setiap pemacu cakera.


7.4.2 BIOS FEATURES SETUP

Dalam menu ini setiap setting yang dibuat adalah Defaul Setting. Jadi kita tidak perlu lagi mengubahkannya. Tekan kekunci untuk keluar dan menu ini dan pergi ke menu asal.


7.4.3 CHIPSET FEATURES SETUP

Menu setup ini membolehkan anda membuat pengubahsuain terhadap beberapa fungsi untuk mengoptimumkan operasi sistem anda. Pilihan IDE Hard Disk Prefech, IDE TurboRead dan IDE TurboWrite adalah fungsi-fungsi untuk penggunaan ISA IDE. Anda boleh memilih samada Enabled atau Disabled bagi piliban ini sekiranya sistem anda menggunakan VESA IDE, maka pilihan hendaklah sentiasa disetkan pada Disabled tekan kekunci untuk keluar daripada menu ini.


7.4.4 POWER MANAGEMENT SETUP

Menu ini memberi pilihan untuk anda menguruskan sendiri samada pengurusan kuasa atau membiarkan komputer membuat pengurusan secara automatik. Pilih User Desined untuk pengurusan kuasa sendiri. tekan kekunci untuk keluar.



7.4.5 LOAD BIOS DEFAULTS

Dalam kes-kes tertentu, maklumat CMOS mungkin rosak atau salah, ini memerlukan anda untuk memasukkan maklumat baru. Sekiranya ini terjadi, pilih 'LOAD' BIOS DEFAULTS' untuk memberikan laluan kepada komputer membuat penyelenggaraan semula dengan memasukkan nilai-nilai "Defaults'.


7.4.6 LOAD SETUP DEFAULTS

Setup Defaults adalah sama saperti BIOS DEFAULTS. Nilai- nilai defaults ini adalah nilai-nilai yang stabil untuk kebanyakkan system dan perlu di masukkan sekiranya anda menghadapi masalah dengan perkakasan anda.


7.4.7 PASSWORD SETTING

Menu pilihan ini adalah untuk tujuan keselamatan bagi mengelakkan pengguna-pengguna lain meogubahsuai sistem computer anda. Sekiranya anda ingin memasukkan password, pastikan sekuriti dalam menu BIOS Features Setup telah disetkan kepada 'Syste' atau 'Setup'. Tekan kukunci untuk keluar.


7.4.8 IDE HDD AUTO DETECTION

Menu pilihan ini akan mengesan dan memaparkan nilai kapasiti dan jenis cakera keras yang telah dipasangkan secara automatik. Papan litar jenis G486-EVB menyediakan tiga mode cakera keras iaitu mod Normal, LBA dan Large. Pilihan LBA tidak akan muncul pasa skrin monitor sekiranya cakera keras anda mempunyai silinder sebanyak 1024 atau kurang. Pilihan mos Large tidak akan kelihatan pada skrin. Tekan 'Y' untuk menerima pilihan yang telah dibuat, kemudian tekan untuk menerima parameter tersebut.


7.4.9 SAVE & EXIT SETUP

Setelah selesai melakukan perubahan, maklumat tersebut mesti disimpan agar sistemnya tidak akan lari dari arahan. Untuk itu, anda

perlu memilih arahan 'Save & Exit Setup` dan tekan kukunci
. Mesej berikut akan kelihatan : Save To CMOS And Exit (Y/N)?
Tekan 'Y' dan tekan kekunci sekali lagi, Mesej berikut akan kelihatan.
Reboot System (Y/N)?
Tekan 'Y' dan kekunci . Setiap pengubahsuain disimpan dan komputer akan rebootkan semula.


7.4.10 EXIT WITHOUT SAVING

Pilih arahan ini sekiranya anda ingin keluar dari program setup tanpa menyimpan maklumat yang telah dilakukan. Quit Without Saving (Y/N)? Taipkan 'Y' atau 'N' dan tekan kekunc* . Sistem akan rebotkan semula





























BAB VIII



VIRUS


8.1 SEJARAH VIRUS KOMPUTER

Sejarah virus komputer bermula pada tahun 1960. Ianya dicipta oleh John Conway yang berbangsa Eropah dengan tujuan mengaturcarakan perisian virusnya supaya dapat menyalinkan dirinya sendiri kepada fail atau perisian lain di dalam komputer. Kemudian para cendakiawan komputer di kolej-kolej dan di kebanyakkan universiti cuba untuk meniru cara yang dilakukan oleh John Conway dan kebanyakkannya tidak merbahaya kepada sistem komputer.


Aturcara virus yang pertama tersebar secara meluas ialah pada tahun 1983 yang telah diaturcarakan oleh seorang penuntut di salah sebuah universiti di Eropah iaitu Fred Conon. Pada era tahun 80-an juga banyak aturcara virus yang telah dicipta dari berpuluh-puluh negara dan ia kebanyakkannya merebak melalui perisian cetak rompak dan ada juga sesetengahnya didapati daripada perisian yang tulen dijual kepada pengguna komputer di seluruh dunia.


8.2 PENGERTIAN VIRUS KQMPUTER

Virus komputer merupakan satu-satunya perisian yang dapat berfungsi dengan menjangkiti ingatan RAM, cakera keras, papan induk dan juga cakera liut pada sesebuah sistem komputer- Apa yang menarik mengenai aturcara virus ini ialah ianya berkeupayaan untuk menyalin perisiannya sendiri berulang-ulang kali dengan tujuan dapat berpindah dari satu sistem komputer ke sistem komputer yang lain. Perpindahan virus dari satu bahagian ke bahagian yang lain biasanya berlaku disebabkan oleh penggunaan cakera liut ( disket) yang telah dijangkiti oleh virus dan

satu lagi cara yang terbaru iaiah virus dihantar melalui sistem telefoni semasa pengguna menggunakan talian telefon untuk mengakses internet.


Jadi dengan ini bolehlah dikatakan bahawa medium yang menjadi pembantu kepada perpindahan atau jangkitan virus boleh dikatakan cakera liut dan internet. Talian rangkaian (LAN / WAN ) boleh juga dikatakan bertindak dalam perpindahan perisian virus. Virus komputer juga mempunyai dua peringkat yang berbeza iaitu virus yang tidak mendatangkan bahaya kepada sistem komputer. Virus yang tidak mendatangkan merbahaya biasanya tidak banyak mengganggu sistem komputer, hanya mengganggu perisian-perisian kecil dalam komputer. Biasanya ia akan memaparkan bahasa dan ayat-ayat yang agak sukar untuk difahami dan ianya dengan mudah untuk dinyatakan dengan menggunakan program anti-virus. Manakala kebanyakkan virus yang menyerang sistem komputer adalah amat merbahaya sehingga ianya dapat memusnahkan fail-fail data atau merosakkan keseluruhan cakera keras pada sesebuah system komputer. Biasanya aturcara virus akan bergabung dengan fail-fail aturcara yang lain dan berpindah dari satu cakera lint kepada cakera liut yang lain. Virus yang biasanya boleh dianggap merbahaya ialah virus-virus seperti 'CONCEPT VIRUS, DIEHARD VIRUS, CODE RED, CODE RED2 dan NIMDA'.


Sesetengah virus ini dapat dinyahkan dengan menggunakan perisian anti virus yang mudah untuk didapati di pasaran ketika itu. Antara perisaan anti-virus yang boleh membantu untuk mengnyahkan virus pada system kompuler anda ialah "PC-CILLIN, MC AFFE, NORTON ANTI VIRUS" dan sebagainya. Tetapi jika perisian ini tidak dapat dinyahkan, langkah yang terbaik untuk mengelakkan virus daripada merebak atau terus kekal di dalam komputer anda, ialah dengan memformat semula cakera tersebut.


8.3 MENGELAKKAN SERANGAN VIRUS

Beberapa perkara boleh dianggap sebagai langkah-langkah bijak bagi mengelakkan
daripada sistem komputer diserang oleh virus. Langkah-langkah ini boleh diamalkan

oleh semua pengguna komputer, samada milik persendirian mahupun kegunaan ramai seperti yang terdapat di pejabat, sekolah dan institut-institut peagajian tinggi


Antara langkah-langkah bijak yang perlu di amalkan oleh semua pengguna komputer
ialah: -

I. Jangan sekali-kali menggunakan cakera liut milik orang yang mana tidak dapat diketahui tahap keselamatannya.

II. Jika terpaksa juga menggunakan cakera liut tersebut, pastikan terlebih dahulu cakera liut tersebut selamat dari serangan virus dan mengnyahkan jika terdapat virus.

III. Sentiasa membuat salinan kepada setiap cakera yang mempunyai data
semasa yang digunakan, ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada cakera liut atau cakera keras yang telah digunakan rosak akibat dijangkiti virus

IV. Pastikan ketika anda menghidupkan komputer, komputer anda boot dengan menggunakan cakera keras atau jika menggunakan cakera liut pastikan ianya dimulakan dengan menggunakan cakera liut DOS yang disekat dengan sekatan tulis (write protected )

V. Setiap kali anda menggunakan perisian atau memulakan komputer, pastikan ianya tiada virus aktif, jika terdapat virus yang aktif di dalam cakera liut tersebut, segera matikan virus tersebut dengan menggunakan parisian anti-virus

VI. Jika program ataupun perisian yang diambil melalui sistem komunikasi Internet, pastikan ianya terlebih dahulu disimpan di dalam cakera liut dan pastikan tiada virus barulah pindahkan perisian tersebut ke dalam cakera keras (hard disk ) ataupun sebaiknya masukkan perisian anti-virus yang dapat menghalang virus yang di hantar melalui internet


8.4 CARA MENGESAN VIRUS

Komputer yang diserang oleh virus boleh di kesan dengan menggunakan perisian-perisian anti- virus. Tetapi kita juga boleh mengesan dan mengenal pasti bahawa komputer yang di serang oleh virus walaupun tanpa menggunakan program anti-virus. Virus akan dapat di ketahui apabila terdapat tanda-tanda seperti berikut: -


8.4.1 Jangkitan pada cakera Iiut (floppy disk)

i. Jika fail rosak dan tidak dapat mengeluarkan data-data yang tersimpan di dalamnya
ii. Apabila kapasiti cakera berubah-ubah
iii. Terdapat sektor yang rosak di dalam cakera atau lebih dikenali sebagai 'Bed Sector'
iv. Mengambil masa yang agak lama untuk memulakan operasi


8.4.2 Jangkitan pada cakera keras (hard disk)

i. Kapasiti cakera keras berubah-ubah
ii. Terdapat kerosakan sektor di dalamnya
iii. Wujud 'sud-directory' tambahan dalam cakera keras
iv. Fail pada cakera keras rosak dan terdapat gangguan semasa menggunakan fail tersebut
v. Operasi mengambil masa yang lama ataupun tidak dapat beroperasi

langsung


8.4.3 Jangkitan pada komouter

i. Terdapat isyarat yang janggal di paparkan pada skrin monitor
ii. Komputer mengeluarkan bunyi tertentu yang menggangu operasi
komputer

8.5 LAPAN LANGKAH PERLU SETELAH MENGESAN VIRUS

i. Pastikan tahap Jangkitan virus pada komputer

ii. Pastikan operasi komputer dihentikan
iii. Ambil cakera liut yang mempunyai program asal yang telah disekat

dengan sekatan tulis (write protected ). Mulakan (boot) komputer
dengan menggunakan cakera liut tadi
iv. Buat salinan ( backup ) semua fail pada cakera Iiut yang telah
diformatkan
v. Senarai fail yang telah diserang oieh virus. Jangan buat salinan pada fail yang tidak dikenali
vi. format cakera yang diserang oleh virus
vii. Susun semula 'directory' di dalam komputer
viii. Gantikan fail yang rosak dengan menggunakan cakera salinan yang
dibuat pada awal proses kerja


8.6 HAPUSKAN VIRUS DENGAN MENGGUNAKAN ANTI-V1RUS

Dalam bidang komputer, virus dicipta oleh orang-orang tertentu. la adalah bertujuan menggunakan virus tersebut bagi menghasilkan pulangan dalam bentuk kewangan. Ini kerana sudah pasti orang yang membuat virus mempunyai cara yang terbaik untuk mematikan virus tersebut daripada sistem komputer. Sehingga sekarang sudah terdapat banyak perisian anti-virus yang berada di pasaran yang boleh digunakan untuk menghapuskan virus komputer.

Terdapat beberapa perisian anti-virus yang telah dibuat untuk mengesan dan menghapuskan virus. Pada asasnya perisian anti-virus boleh di bahagikan kepada tiga
peringkat: -


8.6.1 Pengesan ( Scanner )

Pada asasnya perisian anti-virus pengesan dapat memeriksa fail-fail data untuk memerhatikan samada fail berkenaan berubah akibat serangan virus. Contoh program anti-virus pengesan ialah "Certus, Flushot, dan Scan".





8.6.2 Penyembuh ( Cures )

Jenis program anti-virus Jenis penyembuh pula digunakan bagi menyelamatkan dan memulihkan semula data selepas ianya diserang oleh virus komputer. Perisian ini akan menyusun semula program-program yang telah diserang oleh virus kepada keadaan asal. Perisian Jenis penyembuh terdiri daripada "Clean, Hunter dan Trascan" yang bukan sahaja bertindak sebagai memulihkan semula data yang diserang malah dapat membinasakan virus tanpa menggangu sistem kompater.


8.6.3 Penahan ( Immunizers )

Penahan adalah perisian yang boleh dimasukkan untuk tujuan menyekat virus daripada terus menyerang sistem komputer. Perisian ini biasanya digunakan untuk memeriksa perubahan yang berlaku pada "boot sector". Terdapat dua jenis penahan iaitu, penahan yang berasaskan kepada perisian dan kedua ialah yang berasaskan BIOS ( Basic Input / Output System ). Penahan dan Jenis perisian biasanya boleh dimasukkan ke dalam cakera keras. Tetapi ini akan menimbulkan masalah kekurangan ruang dalam cakera keras, kerana ianya menggunakan ruang yang besar.


Manakala penahan yang berasaskan BIOS tidak memerlukan ruang yang besar dalam cakera keras kerana program anti-virusnya terdapat di dalam litar bersepadu (IC ) BIOS itu sendiri. Program anti-virus jenis BIOS yang pertama ditemui ialah "Accent Anti-Virus" yang dikeluarkan oleh Accent Tecnology, Malaysia. BIOS anti-virus dapat menahan dan menyekat virus dan dapat memberi amaran jika terdapat serangan virus. Kebanyakan virus dapat memasuki system komputer melalui cakera liut. Untuk menyekat virus ini dari terus merebak ke cakera keras ialah dengan mengelakkan daripada berkongsi cakera liut dengan pengguna komputer lain. Kita juga perlu sentiasa memeriksa semua cakera liut yang digunakan untuk mengesan samada ianya mengandungi virus atau sebaliknya, salain daripada itu terlebih dahulu menutup suis komputer berkenaan untuk seketika dan kemudian bolehlah dibuka semula komputer tersebut. Ini kerana kebanyakan virus terdapat di


dalam RAM dan dengan menutup komputer sahaja kandungan RAM akan hilang dan juga virus yang terdapat di dalamnya.


Bagi menggunakan cakera liut, anda hendaklah juga menahan dengan sekatan tulis (write protected ) pada cakera yang digunakan. Ini bermakna cakera yang digunakan itu hanya boleh dimasukkan data lain ke dalamnya. Cara ini juga merupakan salah satu cara untuk mengelakkan daripada serangan virus.


8.7 PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG MERBAHAYA

Selain virus terdapat juga beberapa program yang merbahaya dan ianya hamper menyerupai dengan virus. Di antara program yang dimaksudkan ialah :-


8.7.1 LOGIC BOMB

Logic Bomb merupakan satu program alat jangka yang membolehkan sesuatu virus di simpan seningga suatu ketika bila virus itu boleh di sebarkan bagi menjalankan aktivitinya sendiri untuk memusnahkan program dan fail. Alat jangka ini mungkin merupakan satu tarikh, satu saat ( ketika ) bila program tersebut di aktifkan ataupun mungkin di rancang untuk disebarkan oleh sesuatu tindakan yang dirancang oleh pembuat "Logic Bomb" berkenaan. Umpamanya dalam sesuatu program / perisian saperti DOS mungkin terdapat program virus dan juga "Logic Bomb".

8.7.2 WORMS

Worms adalah hampir sama dengan virus tetapi ianya tidak mempunyai kebolehan untuk melekat ( attach ) kepada program lain dan juga tidak berupaya mengubah program-program lain. Program ini beroperasi dengan sendirinya dan akan melalui sesuatu program yang akan menyebabkan ianya meniggalkan kesan kerosakan hasil daripada laluanya. Program ini hanya terdapat pada komputer besar jenis "Mini dan Mainframe".







BAB IX



KESIMPULAN



Secara amnya 'Latihan Industri' patut diteruskan kerana berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar


Ini disebabkan apabila seseorang penuntut menjalani latihan industri, mereka akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekajaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya. Sementara itu, pelatih akan cuba mendisplinkan diri, serta terhadap tugas. Di samping itu ia membolehkan pelatih berkemahiran dalam berurusan dengan pihak luar.


Selain menjalani 'Latihan Industri` tersebut selama ini, dapat dirasakan bahawa Objektif tersebut benar-benar tercapai. Di syarikat ini, pendedahan dengan kerja-kerja sebenar di dalam sebuah syarikat. Mengalami dan merasai bagaimana harus berinteraksi dengan pelanggan dan berbincang dengan pengurus mengenai kerja-kerja perakaunan.


Pergaulan dengan rakan sekerja juga amat berbeza jika dibandingkan dengan rakan sekuliah. Kehidupan mereka yang realistik menyebabkan kita berfikiran jauh, bersikap lebih matang dan memandang hidup secara lebih positif.




Sekiranya latihan ini tidak diadakan maka keadaan yang agak sukar akan dilalui oleh para pelajar untuk menempub alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu didapati bahawa latihan ini amat penting dan banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan kepada pelajar.


Akhirnya setelah berjaya mengikuti `Latihan Industri' ini, pelatih dapat melihat sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit manis semasa latihan dijalankan. Di sini pelatih memohon maaf daripada pihak pengurusan MKE RESOURCES SON BHD (Dahulu-MESRA KOMPUTER ENTERPRISE) serta Unit Latihan Industri Politeknik Dungun atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima teguran yang membina.


SEKIAN, WASSALAM.
































BAB X



SARANAN & CADANGAN


Setelah menjalani latihan industri selama lebih kurang 5 bulan iaitu semasa berada di semester 3, saya rasa betapa pentingnya latihan secara praktikal yang diberikan kepada pelajar politeknik dan hanya mengharapkan pembelajaran secara teori di bilik kuliah.


Di sepanjang menjalani latihan industri ini. Pelbagai masalah yang telah saya lalui samada ianya menyeronokkan atau membebankan, tetapi saya tetap bersyukur kerana itu semua merupakan satu pengalaman amat berharga bagi diri saya sebagai seorang pelatih yang baru mempelajari sesuatu perkara yang baru sebelum dapat menguasai tugas yang diberikan itu dengan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada juruteknik, staf syarikat dan juga pengarah urusan. Masalah kesilapan diri sendiri memang merupakan satu masalah yang sering berlaku pada permulaannya.


Bagaimanapun masalah itu dapat diatasi. Selama lebih kurang 20 minggu saya menjalani latihan industri di MKE RESOURCES SDN BHD, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman, dimana pengetahuan dan pengalaman ini amat bermakna dan berharga buat diri saya apabila menyambung pengajian di politeknik nanti. Walaupun ada sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki untuk menyakinkan pelanggan serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Saya sebagai pelatih teknikal di syarikat MKE RESOURCES SDN BHD mencadangkan agar pihak pengurusan memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Pihak pengurusan


syarikat perlu mengambil berat serta bertanggungjawab kepada pelanggan yang datang khususnya dari segi memberikan layanan yang lebih baik kepada pelanggan.

Buat masa kini layanan yang diberikan oleh pekerja MKE RESOURCES SDN BHD kepada pelanggan adalah baik tetapi ia perlu dipertingkatkan lagi agar pelanggan berasa lebih selesa dan senang dengan khidmat yang diberi. Selain daripada itu, kelewatan menghantar barang atau kelewatan membaikpulih juga menyebabkan pelanggan kurang yakin dan bosan dengan perkhidmatan yang diberikan. Perkara begini boleh mendatangkan kerugian kepada syarikat dan seterusnya mengurangkan keyakinan pelanggan terhadap syarikat ini.


Perkara begini kadangkala tidak dapat dielakkan kerana pelbagai masalah yang dihadapi seperti gagal mengesan kerosakan yang dihadapi, kesibukan juruteknik dalam kerja-kerja luar seperti membaiki komputer di jabatan-jabatan kerajaan. Ia mungkin mengambil masa yang panjang bagi memperbaiki kerosakan tersebut.


Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak pengurusan syarikat dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah seperti yang dinyatakan. Ini adalah untuk menarik perhatian lebih ramai pelanggan supaya mengunjungi syarikat ini disamping meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.


Di sini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan saranan yang membina supaya keperluan serta matlamat Latihan Industri pada masa akan dating akan dapat memberi manfaat kepada para pelajar, Politeknik serta syarikat mahupun firma itu sendiri.

Pertama

Untuk menjadikan pelajar menjalankan latihan industri yang terbaik, saya rasa sewajamya pihak politeknik yang mengariskan bentuk latihan yang periu dilakukan oleh pelajar selama satu semester untuk tempoh latihan industri. Ini kerana

para pelajar yang akan menjalani latihan industri masih samar mengenai apa yang perlu dilakukan bersesuaian dengan kursusnya. Dengan cara ini akan mengelakkan berlakunya pemilihan tempat latihas yang tidak bersesuian.

Kedua

Selain pihak Politeknik melakukan satu garis panduan mengenai tempat latihan yang paling sesuai kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri agar pelajar lebih mudah untuk memilih dan membincangkan dengan bakal pihak majikannya agar menjadualkan terlebih dahulu apa yang perlu dan sepatutnya dilakukan oleh pelajar tersebut selama menjalankan latihan industri.

Ketiga


Aktifkan lawatan penilaian pensyarah ke tempat-tempat dimana para pelajar menjalani latihan industri. Disamping pendedahan di dalam diri pelajar selama mereka menjalankan latihan industri. Kematangan ini dapat dibezakan kesannya kepada pelajar, dengan pelajar itu sendiri menilai sejauh manakah dia mengambil bahagian di dalam kesemua aktiviti yang telah diaturkan oleh syarikat.


























RUJUKAN



I. INSTITUT LATIHAN INDUSTRI-D-010-2.D01-P1

II. PROFAIL SYARIKAT, MKE RESOURCES SDN BHD


III. GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI DAN PENULISAN
LAPORAN, UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI,
POLITEKNIK DUNGUN TERENGGANU, KM 8 JLN PAKA, 23000
DUNGUN.

IV. MENGENAL SISTEM KOMPUTER
Karangan : ZAINI MOHD JANA

V. KAMUS DWIBAHASA KOMPUTER
Karangan : ZORAINI WATI ABAS
NG KWAN HOONG
GOH KEK SENG

VI. LITERASI KOMPUTER
Karangan : FAJAR BAKTI SDN BHD

5 comments:

akem93 said...

leh tlg send full report tk kt sy akem74@gmail.com thank you :)

Unknown said...

salam ,
saya minta jasa baik anda jika tidak keberatan ,
saya memerlukan softcopy dari pada anda untuk mbuat rujukkan ini email saya kekomous@gmail.com :)

Wan Ahmad Faris said...

saya minta izin utk membuat rujukan uploader..thank you :)

Unknown said...

mohon di kongsi report li anda. kita sama bidang. ni emel sy fakhrullahtm@gmail.com

Unknown said...

assalamualaikum, laporan yg bagus. saya cuma nak mintak izin buat rujukan. terima kasih